WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 1, 2011

HARI INI HARI KAMU, ESOK BELUM TENTU


Semalam saya menerima perkhabaran seorang rakan saya yang sedang bercuti kerana mengidap barah payudara telahpun berpindah ke sekolah lain. Entrinya pernah saya tulis dahulu. Kalau nak jenguk KLIK di sini. Selepas pembedahan beliau bercuti sakit selama 6 bulan. Sememangnya medical leave dibenarkan.

Alhamdulillah, sekarang, barah payu daranya semakin sembuh dan seperti biasa sebagai seorang guru, beliau tak pernah menunjukkan beliau sakit. Dan kini dikatakan beliau sudah hampir sembuh dan bersemangat hendak kembali ke sekolah.

Tapi biasalah, kalau kita orang bawah terima sahajalah apa yang berlaku kan. Akhirnya, beliau mengetahui bahawa khidmatnya tak diperlukan lagi. Alang-alang diperlakukan begini, baiklah pindah sekolah, jika itu yang membahagiakan. Imanshah malas nak tulis tentang politik di sekolah ni. Mana-mana pun berlaku. Cuma yang berada di atas dan memegang kuasa tu, insyaAllah, adalah bahagian anda nanti. Hari ini ada orang teraniaya, namun kena ingat hidup ini ibarat roda. Suatu masa tak kena pada kita, anak cucu kita yang kena. Hari ni hari kamu..

Kepada Kak Rafidah, semoga anda kuat dan istiqamah mendidik anak-anak bangsa. Yang penting jaga kesihatan dan tak mahu sedih-sedih. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

tetap mintak lagi...

tunz said...

semoga cikgu rafidah tabah dan cepar sembuh...

Azham Vosovic said...

Sabar ye,,,,rezeki ada di mana mana...

Ahmad Haziq Azlan said...

mana boleh camtu.....mentang2 kawan tu sakit....aniaya namanya tu

alif haris said...

kesian cikgu rafidah tu.. harap sabar dengan dugaan ..

Afzainizam said...

perrgghhh memang kesian betul lahhh cikgu rafidah tu.... semoga cepat sembuh...

kadang mmg hati manusia .... susah nak duga.... mentang-mentang beliau sakit..

harap cikgu rafidah tabah yerr

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

insan_marhaen said...

Betul tu. Usah sedih-sedih (walaupun kekadang itu tetap tetap singgah dan mencengkam). Terimalah hidup ini seadanya ia...

Syazwan Che Deraman said...

kesian, dah la sakit, buat gitu plok.
hmmmm..

dia tu cikgu yang sungguh kuat.
semoga hidup dia lebih diberkati Allah, dan dimurahlan lagi rezeki, selepas menepuhi ujian macam ni.

Azzam Yani said...

emm...cikgu rafidah yg mmg mintak keluar ke atau diminta pindah?...huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget