WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 9, 2011

HIDUP MEMANG TAK PERNAH CUKUP


Tidak kah kalian terfikir
betapa susahnya menjalani hidup ini?
Memang benar kerana hidup tak pernah cukup
Jika kita merasakan tidak cukup
Lihat saja anak ini
Lahir tidak sempurna
Namun, diwajahnya tetap ceria
Andai anak sekecil ini begitu kuat
Menghadapi dugaan hidup
Sedangkan kita yang sempurna
Asyik berkeluh kesah dengan hidup ini?
Tidak malukah kepadanya?

Selalulah bersyukur kepada-Nya
Yang memberikan kalian kehidupan
Mencampakkan rezeki untuk umat manusia
Yang tidak pernah cukup di mata mereka
Selalulah berterima kasih
Buat Sang Pencipta yang tidak jemu
Memberikan nikmat dan kurnia
Untuk hamba-Nya yang dikasihi

Sesekali
Andai ujian yang hadir
Andai kelam malam kalian 
Andai kabur hari kalian
Itulah tanda Dia ingin mengujimu
Semoga kalian kuat, padu dan teguh
Menghadapi segala ujian-Nya
Jangan ada marah, dendam dan kesumat
Kerana Dia ingin menguji sejauh mana teguh imanmu


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

                                            Ibrahim (14.5)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

adwafarahin said...

bersyukur dgn kurniaan Allah bagi :')

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

subhanallah....hebat ciptaan ALLAH!!!!

aimie amalina said...

=]
suke entri nih!
semoga kite menjadikan kekurangan diri kit asebagai slh satu cbran utk terus hidup

tunz said...

kita perlu sentiasa mensyukuri nimat yg dikurniakan

MAT SOM said...

Anda tidak akan bahagia selagi anda tidak mempunyai sifat berpada dalam hidup ini.....Berasa cukup dengan apa yang ada, setelah anda berusaha dengan sebaik-baiknya, akan menjadikan anda lebih tenteram dan damai dalam menghadapi hidup ini.

Miecyber said...

Insaf....


Kantoi

LadyBird said...

smg kt semua bersyukur..

ade2mama said...

bersyukur ape yg ade k:)

ade2mama said...

bersyukur ape yg ade k:)

Syazwan Che Deraman said...

tersentuh plak tengok gambar tu.

ziraziz said...

..belajar utk bersyukur..Alhamdulillah...

faizal mohd said...

kesiannya. saling melengkapi.

missgee said...

Speechless..

"Like" nie entry..

YULL said...

sgt betul..sgt LIKE!!

insan_marhaen said...

kagum!

Zul Fattah said...

slalu jugak rasa macam putus asa dgan hidup.. tp setelah kena basuh.. semangat tu naik balik.. skrang ni.. saya hidup pun, kerana Allah je

Berita Sabah said...

Alhamdulillah wa syukurillah dengan nikmat yg palinmg besar ya'ni nikmat iman dan islam dan segala nikmat pemberianNya..

MerLe said...

muhasabah diri...

bobiedanbad said...

semoga aku sentiasa bersyukur dan tidak lupa untuk bersyukur

kak zmah said...

Alhamdulillah ...kita sempurna

kak Mah said...

Allah beri kesempurnaan kepada kita,bersyukurlah

abu muaz said...

sedikit benar orang yang bersyukur

delarocha said...

sentiasa cuba menanam sifat qanaah dalam diri ini.

Gen2Merah said...

alhamdulillah, bersyukurnya saya atas segala nikmat dan pemberiannya... terima kasih atas gambar seribu makna ini..

luahfikiran said...

SALAM,
BERSYUKUR DAN ALLAH AKAN TAMBAH REZEKI KITA

NzA said...

manusia xpernah puas dgn apa yg mrk miliki..bersyukur dgn apa yg ada.

Liza @ Adzriel AB said...

comelnya dia suapkan abangnya. hargai apa yg kita ada.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget