WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 2, 2011

HITAM ITU MENAWAN


Dalam entri terdahulu Imanshah ada bercerita tentang KURSUS KEJURULATIHAN HOKI yang Imanshah hadiri di Alor Setar, Kedah. ALhamdulillah, kursus tersebut telah berjaya dihadiri dan diikuti dengan jayanya. Sedang menunggu sijil kejurulatihan dari Persatuan Hoki Malaysia (PHM) untuk menegsahkan Imanshah sudah memiliki sijil kejurulatihan. 

Banyak pengalaman yang diperolehi selama lima hari kursus dijalankan. Ilmu, kemahiran, kenalan dan juga pengalaman diperolehi. Bersama-sama dengan rakan-rakan sealiran dari seluruh negara membuatkan Imanshah terlupa seketika kepada kesibukan kerja di sekolah. Walaupun hitam legam kerana sunburn (berpanas di padang) namun, lima hari yang berlalu bagaikan sekejap sahaja. Inilah rahsia sebenarnya, jika kita melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita cintai atau minat, sudah tentu ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Cuma ada beberapa perkara yang Imanshah rasa kurang seronok. Pertama apabila mendapat rakan sebilik yang kaki rokok dan tidak solat. Maaf Imanshah memang kurang selesa berada dengan mereka yang merokok. Habis satu bilik berbau rokok. Dan yang paling susah apabila ada yang kurang menitikberatkan soal ibadat kepada Allah. Bayangkan lima hari di sana, tanpa ada hari yang Imanshah lihat dia bersolat. Semoga Allah  membuka hatinya untuk berubah. Masing-masing dah besar dan terpelajar. Memang susah untuk ditegur. Caranya kita solat di hadapannya supaya terbit rasa malu. Rupanya tidak memberi kesan. Rupa-rupanya minat beliau kepada hoki lebih menatasi minat dan cinta beliau kepada Ilahi. 

Hari-hari terakhir seorang rakan wanita telah pengsan sewaktu menikmati makan tengah hari. Dan tiba-tiba suara berubah dan seperti dirasuk. Alhamdulillah, Imanshah dan seorang peserta lain sempat menggunakan sedikit pengalaman sebelum ini untuk meredakan keadaan. Sempat juga kami berinteraksi dengan "makhluk" lain. Alhamdulillah, berkat membaca ayat-ayat Alquran akhirnya beliau sedar dan diambil oleh ahli keluarganya dari Sungai Petani.

Sekarang, Imanshah sedang menghadapi proses pengelupasan kulit. Tulah, kawan-kawan dah pesan pakai "sun block" tapi Imanshah rasa menyusahkan. Rasa macam pakai make up pulak kan. Tapi takpa, kata orang, HITAM ITU MENAWAN..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

delarocha said...

hitam manis :-)

luqman zakaria said...

hitam memang menawan..sokong!!sokong!!

ckLah said...

Hitam-hitam cincau...manis menyegarkan...hehe

Dinas Aldi said...

Warna kulit tak penting, yang penting hati mau suci gitu :)

FaKArePa!n said...

dulu masa sekolah pon, mmg kerap sgt kna sunburn ni sebab selalu kena kawad tengah panas.. hehe.. kalau bukak baju tu, nampak macam ada pakai baju sehelai lagi aje.. hihi.. leher dan lengan habis hitam..huhu

zati embong said...

kalau da mnat sukan2 ni xlari la dr nk jemur panas.hihi

shh:jat kan jhat tau.haha ngaku diri sndiri jhat x tahan.sbbnya masa kat uni, bf jat wakil hoki uni,tp jat x bg dia main hoki.sbbnya lepas main je ada je yg luka la aamacm2.

Saiazuan said...

sbr bro, aku dah lebih 4 tahun stay roomate mcm ni (rokok n x solat).. dlu kt poli 3 tahun. ni kat uitm dah staun lebih..

Afida Anuar said...

kalau merokok tu boleh dimaafkan lagi la. tapi kalau tak solat..sorii.... moga Allah bukakan pintu hati dia tuk solat..

NaeBlog said...

setuju dengan Afida!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget