WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 8, 2011

ISTERI DALAM PANTANG, SUAMI LIWAT BAYI BERUSIA 23 HARI



Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – 

The MalaysiaInsider



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

25 GENTA RASA:

kasihibu said...

geram mendidih hati baca kisah ni

FaKArePa!n said...

bongok nye la..

tunz said...

dah x tau nk ckp apa!! memang dasar binatang !!maaflah jika kasar bunyi nyer.tpi ..adus...lelaki jenis apa ni.......giler sex ker....hukum bunuh jer

nyanyisunyi said...

manusia berhati syaitan...memang sangat gila..

::FAIZ FARISH:: said...

ayo anak sendiri pun kau nak buat camtu.

SoLy SoLicious said...

rase nak tembak hidup2 bapak mcm tu..

Kalamhati said...

ikhh binatang pun tau kesiankan anak..huhu
geramm!kerana nafsu..manusia boleh jd syaitan

ade2mama said...

elo bunuh jew..baling batu kt muka dye bg pecah!!!

Norsha said...

rasa marah sgt bila baca berita ni, apa punya bapak ntah, takde hati perut langsung !

Amir Baker said...

Astaga, heishh dasar bapak tak guna. Kesian baby tu.

insan_marhaen said...

marahkan nyamuk seekor, dibakar kelambu..

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Subhanallah.....

Wassalam

Acik Erna said...

astaghfirullah..manusia ke tu..

Yatie Awang said...

Astagfirullahalazimmm.....sanggup buat pada bayi sendiri,

AIEN NOT ALIEN said...

manusia bertuankan nafsu...macam ni la jadi..

Zul Fattah said...

memang kejam gile r..
bayi lg tu, lubang kecik lg.

ziraziz said...

bapak baby tu mmg x layak jd 'manusia'...

MerLe said...

astagfirullahalazim.... takleh ke sbr kejap... ni la bahana klu hidup ikut nafsu je.. otak ada dh x guna...

aimaniman said...

bapak ke kapak nie.. bapak 'makan' anak la ni, sepatutnya melindungi tapi menjahanamkan.

Ahmad Haziq Azlan said...

selenge betol dia ni

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

arggghhh STREE pak cm ni pon ade ek???

Miecyber said...

Binatang....


Kantoi

LadyBird said...

ya Allah..manusia jenis apakah macam ni..

Afida Anuar said...

Ya Allah... apa nak jadi ni, bayi 23 hari kot!!

Nalisa Syahira said...

kejadah wey ,

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget