WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 2, 2011

ISU KRITIKAN CHEF WAN : KAKAK TAMPIL BELA NORMAN DAN MEMEY


MYNEWSHUB
Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ahli keluarga dan kakak kepada Norman Hakim, tampil untuk membela adiknya itu dari terus dikecam pelbagai pihak ekoran majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman – Memey Suhaiza yang ditaja pihak Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia) baru-baru ini.
Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ berkata, kritikan pedas oleh Chef Wan terhadap majlis resepsi adiknya itu agak keterlaluan dan beliau menafikan hampir semua pandangan selebriti masakan itu.
“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan)
“Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh  & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH” katanya di ruangan komen berita Mynewshub.my, semalam.
Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.
“We & They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.
“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we  (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world” katanya lagi.
Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman dan Memey yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.
Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.
Kakak Norman itu turut menyelar pihak yang memandang negatif terhadap usaha tersebut yang cuba mempromosikan barangan Malaysia.
Beliau juga melihat kritikan yang dilemparkan kepada adik dan adik iparnya sebagai datang dari hati yang kurang senang ke atas mereka.
“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.
Selain itu, Norish turut menjelaskan bahawa majlis tersebut sebenarnya dimulakan dengan bacaan doa yang diadakan di bilik suite hotel berkenaan sebelum majlis dengan Rafflesia dilangsungkan.
Beliau juga menyatakan bahawa majlis Khatam Al-Quran, solat hajat dan bacaan doa selamat turut diadakan pada majlis perkahwinan asal pasangan tersebut yang berlangsung selama tiga hari tiga malam di rumah keluarga masing-masing sebelum ini.
Dalam satu komen berasingan, Norish juga memberitahu bahawa tiada sebarang lagu gereja dimainkan pada majlis perkahwinan adiknya itu sebaliknya yang ada adalah lagu rentak perlahan yang dinyanyikan kumpulan koir yang disertai sebahagian besar anak-anak Melayu.
“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu,  memang begitu syahdu & sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?,” jelasnya.
Norish turut meminta Chef Wan sebagai ‘orang tua’ dan bertaraf ‘bintang’ terkenal agar berfikiran bijak serta matang dalam membuat pertimbangan, bersikap positif serta terbuka di dalam memberikan pendapat kepada umum.
Bagaimanapun, Mynewshub.my kurang pasti sama ada benar atau tidak sama ada wanita yang bernama ‘Norish Zaid’ ini adalah benar-benar kakak kepada Norman.
Namun, melalui kesungguhan dan kenyataan panjang lebar yang diberikan di ruangan komen berita yang bertajuk ‘Chef Wan Kritik Pedas Resepsi Norman – Memey’ itu, ditambah pula dengan pengakuannya sebagai ‘NORMAN’S FAMILY REPRESENTATIVE / BIG SISTER’, meyakinkan kami untuk menulis mengenai komen balasnya.
Kami telah cuba menghubungi kembali Norish dan belum lagi mendapat sebarang maklum balas setakat ini.
Apa pun, diharap Norish boleh menghubungi kami untuk kenyataan seterusnya mengenai pertikaian ini bagi memperjelaskan segalanya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

ziraziz said...

sblm kawen kontroversi...dah kawen lagi kontroversi...suka hati korang laaa....

IMANSHAH said...

@ziraziz

itulah namanya artis..haha

Cik Asma BLuppy said...

tak habis lagi ke gosip pasal dorang?
aiyooo....

syazwan tahir said...

sebenarnya sy x minat pasal majlis kahwin diorg....i mean diorg kn dh wat bnda yg pttnye org kahwin wat sblm kahwin lg...

enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

insan_marhaen said...

Seeloknya tak usah tolong perpanjangkan isu ini. Takut nanti kita pun dapat saham sama menyebarkan fitnah!

Kalau IM, isu ini IM tak masukkan dalam blog. Jelek!

ckLah said...

Saya pun macam IM. Tak gemar ambil tahu hal artis, apatah lagi masukkan ke dalam blog. Segan kalau murid-murid baca...


***Maaf ya Shah...itu ckLahlah. Orang lain, terpulanglah...blog dia!

cheqna said...

setakat baca jela...
nak amik pot tak la kot..
banyak lagi mende lain cheqna kena fikir...
biarlah...kita doakan yang baik2 saja ye..

Hana Soffelia said...

No komen...

mcm retis lak i bla komen cenggitu. Hahaha

kubigomofm said...

norman ni, ken tangkap bash pon gege, sanding pon org pakat gege lgi hahaha, cian2

IMANSHAH said...

@insan_marhaen

sekadar memaparkan realiti masyarakat hari ini..takde niat nak fitnah sapa2..

IMANSHAH said...
This comment has been removed by the author.
Azham Vosovic said...

hahahah, panasnya isu ni...

Muhamad Zaki Zafir said...

artis ingat dia cool,glamour buat mcm ni.sebenarnya org xbpe kisah pn,melainkan org yg terikut2 nk ambik kisah psl diorg ni.biaselah kaki gosip.

abah khalisha said...

errr..ada kecoh-kecoh eh itu hari..tak tau plak..seb bek ke sini

kering said...

Salam..
yg penting,kedua-dua pengantin neh ambil ikhtibar atas apa yg pernah berlaku..
Promosi belian ker,hapa ker,tu semua atas sifat ingin bermegah-megah dan membazir..
X guna buat majlis bc Quran tp lps tu dedah aurat utk ribuan org lihat,itu maknanya mempersendakan agama maka bercampurlah perkara Haq dan Batil dlm satu kelongsong..
Bc Quran tp pd masa yg sama perintah Allah dlm Al-Quran itu dilanggar,Islam budaya namanya klu mcm tuh..

missgee said...

Tak abis2..
Serang menyerang...
Dunia artis..
Kontroversi aje

Ahmad Haziq Azlan said...

rilex sudah...

CIK TOM said...

ish2..bergaduh lagi..xabis2 isu gaduh..tue la semua ni berkaitan dengan isu keberkatan jugak dlm hidup..kl dah starting camni..hmm wallahualam..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget