WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 23, 2011

JAGALAH NIKMAT KESIHATAN INI


Selamat berhujung minggu semua. Dua minggu lepas Imanshah pernah buat entri yang mengatakan Imanshah demam. Dan alhamdulillah Imanshah dah semakin sembuh. Tapi dua hari lepas Imanshah mengadakan latihan hoki dan kebetulan hujan sekejap, selepas itu panas balik. Tak semena-mena Imanshah mula rasa sakit tekak dan badan mula panas. Rupanya demam belum kebah dengan baik.

Apa yang Imanshah nak kongsikan dengan pembaca semua ialah tentang kesihatan kita ni mesti jaga betul-betul. Jika demam mesti mengunjungi doktor supaya dapat dikenalpasti penyakit. Jangan bergantung kepada panadol. Imanshah nak kongsikan dua cerita hari ini. Pertamanya sepupu Imanshah pada mulanya demam biasa. Beliau hanya bergantung pada panadol semata-mata. Selang seminggu Imanshah mendapat khabar dia sudah dimasukkan ke ICU kerana masalah jangkitan kuman. Sekarang sedang bertarung dengan maut di Hospital Batu Pahat, Johor. Imanshah doakan agar semuanya dalam perlindungan Allah.

Kisah ke dua tentang seorang pelajar di sekolah berhampiran yang meninggal sewaktu sedang menunggu untuk solat Isya'. Usia sangat muda iaitu 15 tahun sahaja. Dengar cerita kerana memiliki masalah jantung. Bukan Imanshah menolak ketentuan takdir Ilahi, namun kita yang masih sihat dan hidup ini kena selalu beringat. Penyakit yang tak dijangka akan menyerang bila-bila masa sahaja jika kita tidak menjaganya dengan betul. Hembusan asap rokok misalnya mungkin bisa menghayalkan, bisa mendamaikan (kata merekalah) , namun natijahnya ianya tak seindah gambaran. 

Marilah sama-sama kita menjaga anugerah yang tidak ternilai ini. Untuk apa ? Tidak lain dan tidak bukan untuk kita menjalani kehidupan kita sebagai khalifah dan abid di muka bumi ini. Selamat berhujung minggu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Azham Vosovic said...

betol betol betol...

kalau dah sakit, dah tak dapat nak capai apa apa impian dah huhuuh

IMANSHAH said...

@Azham Vosovic

nak beribadah pun susah dik

Cheq Sue said...

penyakit jantung, pembunuh dalam senyap... mintak2 dijauhkan segala penyakit itu, termasuk penyakit di hati... :)

tunz said...

moga sepupu imanshah kembali sembuh...ajal maut di tgn tuhan.kita berusaha menjaga kesihatan ..elakkan drp yg memudaratkan.

encik iqram said...

Kita patut berusaha and then barulah berserah pada takdirkan..jadi rajin rajin laa jaga kesihatan ya abang imanshah.. ;D

Gen2Merah said...

kesihatan itu anugerah yang patut kita hargai dan jaga sebaik yang mungkin...

saya ada seorang teman pensyarah.. muka hensem dan penampilan bergaya.. Tapi sayang, 5 bulan lalu kakinya terpkasa di potong kerana Diabetes..

tabah dengan ujian yang menimpa. sahabat akhirnya terpkasa meneruskan kehidupan dengan nasib kurang upaya.. sebenarnya menjadi pengajaran juga buat kita semua.. Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sehat

Zul Fattah said...

kawe stuju abe shah.. masa kita sihat dulu gak, duk enjoy sokmo.. main x bereti..bila tiba time sakit ni.. mula lah.. duk ngadu.. nak g jumpo doctor malas.. bila koho kuat.. redha jah.. sampai masa kawe..

Umie Artoqiemie said...

penyakit tak boleh bergantung pada panadol betul2..

FaKArePa!n said...

kesihatan mesti nak kena jaga..

baru la hidup selesa..

Dinas Aldi said...

Bila sakit kena pi klinik, jangan pandai2 dok makan ubat sendiri saja, betoi tu dik. Semoga dik Iman cepat sembuh na.

blog-tips-kurus said...

mesti jaga makan & jalani hidup dengan sihat. kesihatan itu mahal..

ckLah said...

Betul tu. Jaga kesihatan!






Kalau dah macam ckLah ni, susah tau!

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

kesihatan yg baik, menyempurnakan amal ibadat...Insyaallah

Wassalam

Salwa said...

Sayangi diri sendiri. Kesihatan sangat perlu dijaga agar perjuangan dapat diteruskan. :)

nurhamizatulzullraooh said...

Assalamualaikum betul tu..kesihatan tak ternilai harganya ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit kalau kita dah sakit macam mana kita nak melakukan ibadat?kerja rumah seharian?keluar bekerja mencari rezeki?jagalah kesihatan&persekitaran jangan ambil mudah pergi jumpa doktor kalau tak sihat jauhkanlah dari sebarang penyakit yang membunuh@memudaratkan dalam senyap amin..

Suhami Ahmad said...

setuju! kesihatan lebih penting dari segala-galanya

insan_marhaen said...

mutakhir ini, IM kalau demam akan mengambil masa seminggu lebih untuk benar-benar kebah!

Azzam Yani said...

semoga sihat selalu cikgu...=)

Afida Anuar said...

mencegah lebih baik dari mengubati....

kalau ada aktiviti luar lagu tu, jangan lupa minum air masak banyak2 shah

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

minum air putih yang susah tu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget