WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 20, 2011

JEJAKA PENGHIAS MUKA DEPAN MAJALAH

Petang tadi saya menerima gambar muka depan Majalah Fokus SPM keluaran November 2011. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, pelajar-pelajar saya iaitu Q, U, A1 dan A2 telah menjadi penghias muka depan majalah akademik keluaran Karangraf untuk edisi November 2011. Penggambaran telah dilakukan pada bulan September yang lepas. Sebenarnya  pasukan bahas Bahasa Melayu sekolah saya telah berjaya menjulang Piala Perdana Menteri tahun 2011. Entri kejayaan tersebut ada di SINI. Alhamdulillah, sebagai guru yang membimbing, saya turut berbangga dengan pencapaian ini.


Walaupun cikgunya idok le dapat interframe sama, namun sekurang-kurangnya kami guru-guru telahpun melakukan sesuatu untuk meletakkan nama sekolah di tempat yang sewajarnya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kejayaan yang lebih hebat lagi pada masa depan.

P/s : Kacak-kacak kan anak buah Imanshah ? Haha tengoklah gurunya.. Lari.......!!!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

cucu umie said...

wah2...hebat2 ah budak STAR..mcm cikgunye juga gitu... cikgu imanshah

nmkhairulazlan said...

hebat2..tahniah cikgu!

missgee said...

Hebat muridnya??
Sebab Hebat Cikgunya..

Teruskan usaha Cikgu..

Cikgu Imanshah Yang Hebat..

(^.^)

Gen2Merah said...

wahh hebat... baru lah namanya seorang cikgu.. tahniah lahirkan pelajar yang pintar dan berdedikasi

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

tahniah sekali lagi

sepatutnya letak ler gambor cikgu kat belakang tu.....he he

Wassalam

Norsha said...

nilah org kata; guru borek, anak murid rintik, bila gurunya cemerlang, anak murid mesti terbilang..., betul tak cikgu ?

Yatie Awang said...

wah...hebatnya

MAT SOM said...

Saya Tabik dengan Cikgu Imanshah.
Banyak lagi tu belum cerita kpd kita

NaeBlog said...

sepatutnya cg.Iman edit gambo tu.. :)
selitkan wajah guru pembimbing (hehe... usik ja)

Tahniah!!!

sarah mohamad said...

wahhh tahniahhh! baru lah bangga guru2 ni hehehe

ckLah said...

Walaupun wajah cikgunya tak ada...tapi ckLah nampak kesan cap jari cikgunya pada piala tu. Tahniah.

adrenalina said...

setuju cadangan NaeBlog...edit gambar skit hehehe. TAHNIAH! wpun ckgunya xder dlm gambar tapi saya yakin cikgunyer dah dah berpuas hati bila melihat kejayaan anak2 didiknya

ibuintan said...

gurunya cemerlang, anak muridnya tentulah terbilang


sayang gambar cikgunya tak ada sama, tentu seensem anak buahnya tu juga

azwa amani said...

guru yg baik ialah guru yg dapat melahirkan anak murid yg lbh baik daripadanya...

rindu nak berdebat,,

Ros Anisza said...

tahniah buat cikgu dan anak buahnya....di belakang kejayaan anak murid, ada guru yang membimbingnya..

a d i n said...

peh, hebat sungguh junior2, xD alhamdulillah~

hani@debumelukut said...

tahniah..cikgu pun tak kurang jugak kacak nya tuh..

ade2mama said...

ank kesyangan cikgu la kte kn eheheh

Azham Vosovic said...

hehe, cikgunya bila pulak? heheheh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget