WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 10, 2011

JENAZAH JEMAAH HAJI MAUT JATUH BANGUNAN DIKEBUMIKAN



Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi’ berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.
Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.
“Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan,” katanya.
Berita terdahulu :
Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilanhotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima 5.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan. “Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

eelobor said...

ada baca dalam tajuk paper pagi tadi, tapi tak sempat nak baca. malam nie baru terbaca balik kat sini. apapun semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 beriman.

Kalamhati said...

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun..hmm sedihnya

Afida Anuar said...

Innalillahi wainna Ilaihi roojiunn...

Bila dah sampai ajal, sesaat pun takkan terlewat, berbagai2 cara. Doa2 moga pengakhiran kita husnul khatimah...

Azham Vosovic said...

Innalillahi wainna Ilaihi roojiunn...

sudah sampai ajalnya...

tunz said...

al fatihah

Afzainizam said...

Al fatihah....

perkuburan Baqi tempat persemadian para syuhada

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa

ImanMutiara said...

Punca terjatuh tu dengar nye adalah ketika arwah sedang sidai kain.mungkin badan tak seimbang dan ruang utk sidai bkn nye ada beranda.terus sidai dari tingkap.harapnye pihak hotel lbh tekankan aspek keselamatan lps ni.mudah2an allahyarhamah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.beruntung dpt satu perkuburan dgn para sahabat dan wali2 Allah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget