WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 18, 2011

KEKURANGAN ADALAH ANUGERAH


Pada hari Ahad yang lepas, saya membuat temu janji dengan ibu bapa bekas pelajar saya, iaitu pelajar tahun 2009. Kebetulan ayah dan ibunya ada urusan penting di Ipoh, maka bekas pelajar saya (saya namakan dia Ali) memohon saya mengambil sijil SPM nya untuk dikirim melalui ibu bapanya. Buat kesekian kalinya, saya bertemu mata dengan dua insan istimewa, walaupun hanya saya yang menatap mereka.

Pertemuan kami tempoh hari mengingatkan semula saya pada seorang anak didik saya Ali yang saya kira agak istimewa. Kenapa saya katakan Ali istimewa?? Kerana Ali dianugerahkan ibu bapa yang juga istimewa, iaitu orang kelainan upaya (OKU). Ayah dan ibunya mempunyai masalah penglihatan di mana ayahnya buta sejak lahir manakala ibunya buta ketika dewasa.

Kenangan lama mengimbau semula benak fikiran. Ketika hari pendaftaran pelajar baru, selain waktu program pertemuan waris serta majlis solat hajat, kelihatan Ali tidak kekok untuk memimpin sama ada ayah atau ibunya, atau ke dua-dua sekali. Begitu istimewa anak ini, detik hati kecil guru ini. Masakan tidak dari satu meja ke meja, Ali tanpa segan memimpin ke dua-duanya untuk bertemu para pendidik bagi berbincang masalah pelajarannya. Ya, walau mereka serba kekurangan, namun hatinya cukup besar, cukup kuat untuk berdepan dengan takdir Allah. Sedangkan di Sekolah Bintang, kebanyakan dari kalangan pelajarnya merupakan anak-anak  golongan berada. 

Istimewa Ali di mata guru-guru. Saya pernah bertanya kepada Ali, tidak malukah memiliki ayah dan ibu yang buta. Jawab Ali, " Kekurangan ayah dan ibu adalah anugerah cikgu, mereka adalah anugerah terbesar dalam hidup saya". Saya terkedu tiada jawapan untuk kata-kata Ali.

Pernah saya tertanya-tanya kenapakah Ali selalu menukar wang syiling di koperasi saban minggu. Apabila diselidiki, saya dapati Ali berniaga gula-gula di asrama. Sekali lagi hati saya tersentuh. Rupanya Ali tidak terlalu ingin bergantung kepada orang tuanya. Maklumlah kehidupan di Kuala Lumpur sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.

Mungkin semua tertanya-tanya di anakah Ali sekarang ? Memang saya bangga dengan Ali. Ali sedang menduduki peperiksaan akhirnya di INTEC, Shah Alam. Dan insyaAllah, mendapat tajaan Yayasan Tenaga Nasioanal (YTN), Ali bakal melanjutkan pelajarannya ke bumi kanggaru , Australia. Alhamdulillah, berkat kasih-sayang kepada ibu bapa serta kesungguhan Ali akhirnya kejayaan hampir diraihnya. 


Semoga Ali berjaya dunia akhirat.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Ayuni said...

betul...bnyk pengajaran dr kekuranagan....

Cheq Sue said...

kisah yang cukup sayu, x semuanya tabah seperti ali... satu kena percaya, di sebalik segala kekurangan akan ada kelebihan.

laskar pelangi said...

jadikan kekurangan itu keistimewaan:)
dan kelebihan itu extra keistimewaan:)
ngeeee~~


LOL! sampaikan demam nak makan daging kanggaro.agak ah. Hi3

Kalamhati said...

terharu but at the same time bangga sgt dgn insan ini..punya hati yg luhur dan semangat yg hebat

Afida Anuar said...

mak ayah kita shah...tiada galang gantinya. Kekurangan itulah kelebihan...

Alhamdulillah... moga2 berkat doa ibu ayah, Ali berjaya dalam hidup dunia akhirat, amin...

ckLah said...

Teringat rakan-rakan buta yang ckLah selalu tolong bacakan buku untuk mereka alih ke brailee...rasa ikhlas berkawan dengan mereka.



Calon pelajar terbaik SPM sekolah baru ckLah, budak dari kelas CP (Cacat Pendengaran. Percubaan baru ni, dia dapat 100% untuk Matematik, dan 98% untuk Prinsip Perakaunan)

Memang...mereka jadikan kekurangan itu kelebihan...

ckLah said...

**braille

Ahmad Haziq Azlan said...

mereaka yang menghadapi cabaran sewaktu belajar selalunya memang akan bejaya di masa depan

NzA said...

Alhamdulillah, ganjaran buat org yg tulus hatinya..tringat kisah seorg bekas murid akak yg cemerlang (PMR 9A1) yg mempunyai kedua2 org tua OKU (kata ore kelate luruh bendul)ttp punya seorg anak yg trlalu berbudi bahasa n tahu menghargai org tuanya....xsegan memimpin keduanya w.pn sering jd bahan ketawa rakan2....

adwafarahin said...

Alhamdulillah bahagia kedua org tuanya ada anak mcm Ali
semoga ali berjaya di australia nnt .amin

insan_marhaen said...

IM juga pernah bersama dengan seorang buta selama beberapa minggu.

walaupun matanya buta tetapi hati dan telinga tajam!

h A n Y S said...

sebak saya baca..begitu kuat dan kentalnya semangat perjuangan Ali utk dihadiahkan kepada parents..

FaKArePa!n said...

Ali ni la org y betol2 hebat..

Yatie Awang said...

betul tu, kekurangan dan kelebihan adalah anugerah buat setiap insan, yang penting kita menerima dengan ikhlas dan bersyukur atas segala yg diberikan olehNYA

cheqna said...

kalaulah semua berfikiran seperti Ali..
tumpang bangga dengan kejayaan ali..
alhamdulillah
moga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusannya.

che mid said...

salam, meremang bulu romaku..

tunz said...

alhamdulillah,bertuah kedua org tua ex student cikgu ...semoga dia berjaya di dunia dan juga akhirat. kpd cikgu..tahniah..

NaeBlog said...

bahagianya ibu bapa yang dianugerahkan anak seperti Ali...

Abu Hassan said...

Saya sahabat Ali. Benar ceritanya tentang Ali. Ali ucapkan terima kasih kepada guru gurunya dalam mendidik dia. Mata berkaca kaca tiap kali membaca post cikgu ini. Ali sudah selamat di bumi Australia. Skrg sedang berusaha adapt kehidupan. Harapan dia agar cikgu selalu kuat dlm mendidik adik2 Sekolah Bintang dan Anaconda. Terima kasih sekali lagi.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget