WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 31, 2011

KERBAU KU LARI GAGAH BERANI


Besar sungguh kerbau ni. Aidiladha dah dekat, ramai yang tercari-cari. Adakah kanak-kanak zaman sekarang masih mengenali kerbau ? Rasanya makin hari makin kurang orang bercakap pasal kerbau. Terkenang zaman kanak-kanak Imanshah. Arwah ayah memiliki lembu, kambing dan kerbau. Bahkan kenduri - kendara pun orang cari kerbau. Tapi zaman sekarang hanya daging lebu yang tinggal. Imanshah pun dah lupa bagaimana rasa daging kerbau. Agak-agak tempat kalian masih ada ke kerbau ??

Nota kaki : Peribahasa "bagai kerbau runcing tanduk" bermaksud orang yang sudah terkenal kejahatannya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

BM said...

aku pun lupa bila last mkn daging kerbau

Afida Anuar said...

daging kerbau... rasanya dulu-dulu masa pi kenduri kat rumah sapa entah pernah rasa kot. Tu pun tatau dia hidangkan daging kerbau. Ingatkan daging lembu. Bila sudah habis makan, barulah dibagitau yang gulai itu adalah gulai kerbau...errr..

insan_marhaen said...

kat kg IM - Kg Ulu Slim pun sama. Kerbau dah tak ada. Burung ruak-ruak pun dah tak mandang. Lori yang bawa keluar balak setiap hari juga dah tak nampak.

pendekata, yang dikatakan kemajuan itulah agaknya yang menelan semua keindahan ini!

Gen2Merah said...

orang cakap daging kerbau ni keras siket nak kunyah.. tu sebab saya lebih prefer makan daging kambing atau lembu. hee

faizal mohd said...

tengok kepala kerbau tu beso nye..

tunz said...

pena mkn daging kerbau masa g kenduri d temerloh...bila balik umah jer.....uhhhh kebaborrrrrr....x sesuai la tu kott..sejak kejadian x berani lagi ler nk mkn...

a kl citizen said...

baru pertama kali dengar peribahasa itu ... :)

Ahmad Haziq Azlan said...

kat kampung teman pon rasanya macam dah pupus je kerbau ni...

Citarasa Rinduan said...

em...
orang kata kita y sentiasa beli daging di pasar. sebenarnya makan daging kerbau..
kebenarannya??
entah ya

IMANSHAH said...

@tunz

pendek kata semua jenis daging tak bagus lah..makan sikit2 udah le ye

Zul Fattah said...

ada masa, mai r makan nasi rumah kawe.. hehe

Ann Huda (Ate) said...

Tempat Ate pasti tak de kerbau. Ank2 sedara yg blum sekolah mmg tak kenal apa tu kerbau. First time Ate makan daging kerbau masa kenduri adik bongsu di rumah pengantin pompuan di Pahang bulan Mei. Sedappppp.

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

celah mana tu

hani@debumelukut said...

Betul sgt tu..mmg anak2 akak pun kenal kerbau melalui national geog saja..Akak tak pernah makan daging kerbau tapi kalau ada nak juga cuba..

white rose said...

dah lama xjumpe kerbau...
rindu lakk...


rindu kat IMANSHAH juge...
:p

FaKArePa!n said...

bapok beso pale kuba !!!

hahaha

sahromnasrudin said...

den dah korbha hahahahaha..kerbau liat la huhuhhhh

Salwa said...

I pun tak pasti pernah ke tak makan daging kerbau. Pernah pun masa kecik dulu kot.hehe.

Muhammad Adam bin Roslan said...

saya lg teruk cikgu.. thin ni dalam sejarah pertama kali dpt rse dgg kerbau

MAT SOM said...

Ismail Kerbau.....pernah menggemparkan negara bukan?
Masih hidup lagikah dia?

aimie amalina said...

waaaa
nak merasa naik kerbau boleh x?
hehehehe

NzA said...

kelik ko rayo haji ni...hu.hu.hu.....

Afzainizam said...

kerbau ni badan ajer besar tapi suara dia kecikkk ajerr..

kat kampung aku kerbau tak ada yang ada lembu ajerr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing crome sportrim

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget