WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 24, 2011

KUCING GORENG



Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.
Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat.
Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.
Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.
Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.
Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Kak Yatie said...

jahatnya...nak goreng kucing?
kalaulah kucing akak secomel kucing kat atas tu aaa...hahahha

missgee said...

Gila!!!

Gila!!!

Tak dapat nak bayangkan... hurmm

Afida Anuar said...

Maknanya dia letak bahan2 tu ketika kucing tu masih hidup??? mmg giler.. ingatkan dah siap potong ke apa..err

Hermin said...

xda benda lain ke nak makan...banyak lagi boleh makan...ke dia saja nak mencuba benda baru?

Zul Fattah said...

ape nk jadi dgan manusia skrang ni? mujurlah dah kena tangkap..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget