WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 24, 2011

KEBAJIKAN


Kalau orang yang sepatutnya menjaga kebajikan orang bawahan sendiri buat-buat lupa dan terlepas pandang pada HAK dan KEBAJIKAN orang bawahan kepada siapa lagi kami hendak mengadu ? Kami bekerja, memberi khidmat tanpa ada banyak soal. Cuma mahu hak dan kebajikan kami dijaga. Itu sahaja. Jangan lantang sangat, nanti kena surat tunjuk sebab. Oh lupa nanti jadi macam Profesor Aziz Bari. Orang akademik pun dirantai kanan dan kiri. Politik murahan sekolah malas nak layan.

Tapi kalau tak ada orang yang nak memperjuangkan, kesian juga kawan-kawan. 


Biarkan-biarkan. Lucai pasti terjun dengan labunya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

luahfikiran said...

SALAM,
BACA DAN MENGERTI ! APAPUN, LABU SEDAP DIBUAT PENGAT. SUKA !

kasihibu said...

mana mana pun ada yg bersikap macam tu
jgn di layan
buat diam je
walaupun hati terguris, kalau di layan, lain pulak jadinya kan?

betul kata dato lf
buat pengat pun sedap, masak lemak dan lawan dgn sambal belacan pun sedap ;)

abah khalisha said...

zaman skrg ni kalau bersuara mmg tk lama lah tu..ini lah mindset rakyat Malaysia..mmg tkkn ke mana Malaysia..tk kan maju punyalah..kalau bg complain nanti kita kena balik..org kalau bg complain tu untuk improvement bukan sj2..

IMANSHAH said...

@abah khalisha

setuju dengan abah..

MAT SOM said...

Kita disuruh bercerita tentang hari ni makan apa? PETANG NAK PERGI MANA? Hobi dll. KALAU NAK CAKAP BAB NEGARA, kena tapis dgn 77 penapis.

NzA said...

gitulh nasib org2 bawahan..sntiaSA diarah kunci mulut w.pn xrela...hu.hu.hu....

Kakzakie said...

Bila dah selalu diam akan tiba masa pasti meletup jadinya cikgu. Budaya tak mahu melawan tapi bagai api dlm sekam, tak nampak api tiba-tiba marak...

Warna Warni Kehidupan said...

mari kita jadi orang atasan pulak, tapi jangan ulangi apa yang mereka buat. Labu memang sedap wat pengat..

cucu umie said...

belom lg berada disekolah...herm, pasti mcm2 kerenah ad..

Hana Soffelia said...

Penatkan nak fikir situasi mcm tu. Pernah alami. Tp bla bersuara, lain jadinya. Maklumlah yg atas ada kuasa. So, biarlah tuhan bls dgn apa yg dibuat. Pasrah je.

Umie Artoqiemie said...

yang atas.. mereka yang berkuasa.. tapi Allah lebih berkuasa hehe :P

~SaL IjOu~ said...

kalo lam private dilayan mcm manusia x bernyawa..kalo lam gomen mcmne ya..pasti sama aja kan~

Aien Not Alien said...

takpelah labuuuu...


kebebasan bersuara 100% hanya bila bersuara sesama kita sahaja.....

NuR si CiKGu RiBeNa said...

bebas bersuara dalam rumah aje..
tempat lain kena tapis

faizal mohd said...

sape cakap lebih, memang tak lama la. esok lusa kena tukar. :)

nyanyisunyi said...

sama sebujik serupa dgn nasib kitaorg ni Iman..baru td staff diberi tahu kena pindah opis..nasib akak yg tiada kereta,gaji kecil dn menumpang di bangunan opis tak tahu mcm mana..boleh lagi mereka cakap..nak pindah pindah,kalau tk faham2 je lah..apa takdir akak lepas ni tak tahulah...tp org yg sepatutnya menjaga kebajikan pekerja hanya pentingkan perut sendiri.

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan abah

Anif Abdullah| AA said...

kann.. cubalah untuk mengerti.. :)

BM said...

aku terlalu mentah utk mengerti..
wink2

tunz said...

mama pon antara yg suka bersuara..kena bagi alasan yg munasabah...depa ni suka mengarah jer....kita je yg di kuli2 kan....x kisah lah kalau dh memang keje kita.bagi mama apa yg penting keseronokan bekerja...tahun ni masa isi e g tukar ler.....dh x seronok lah kerja di sini....

missgee said...

Bila kurang prihatin,
maka kebajikan akan diabaikan..
Pikir kesenangan sendiri
tanpa pikir hak orang lain..
Kenyataan yang berlaku hari nie..
hurmmmm

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

fight for it!!!!

Afida Anuar said...

selagi boleh berjuang/bersuara.. usah gentar akan rintangannya shah...

tak kisah la dia nak buat apa,lawan tetap lawan!! kalau kita takut, tak bersuara, ikut je depa.., depa lagi suka, kita ditindas..tapi kita tak sedar..iyer dak.....jom bangkit..tunggu la pilihanraya nnti!

NaeBlog said...

Setuju dengan Abah khalisha, Mat Som dan Kakzakie...
dan dalam 'hal tertentu'
Malaysia = kebebasan bersuara TERPILIH

cg.Iman, entri yang bermakna ni

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget