WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 1, 2011

LIVERPOOL MENANG DALAM AKSI DERBY MERSEYSIDE


Liverpool berjaya meraih kemenangan pada Derby Merseyside, dengan mengalahkan tuan rumah Everton 2-0. Untuk kali pertama musim ini, David Moyes menampilkan Louis Saha dalam pasukan  Everton dan meletakkan  kapten Phil Neville di bangku simpanan. 

Dalam perlawanan tersebut peluang pertama tercipta apabila  Dirk Kuyt melorongkan umpanan silang ke tengah kotak penalti. Namun, bola tandukan Luis Suarez mengarah tepat ke tangkapan Tim Howard. Seterusnya, Everton nyaris mendapat gol melalui tendangan Sylvain Distin dari jarak dekat melayang ke atas gawang.


Pada menit ke-23, kekuatan Everton berkurang kerana pengadil Martin Atkinson menhadiahkan kad merah untuk Jack Rodwell yang dikatakan menerjah Suarez. Kelebihan pemain segera dimanfaatkan Liverpool. Dua minit sebelum tamatnya separuh masa pertama, Phil Jagielka menjatuhkan Suarez di dalam kotak penalti. Namun tendangan yang diambil Kuryt berjaya ditepis oleh penjaga gol.

Pada menit ke-72, Andy Carroll akhirnya berjaya meledakkan gol untuk The Reds.  Bellamy yang beraksi dari sayap kiri dan mengumpan bola ke tengah. Dengan sengaja Kuyt membiarkan bola melintasi kepalanya untuk kemudian disudahkan  tendangan kaki kiri Carroll. Dan Suarez berjaya menambah derita Everton pada minit 82 menjadikan kedudukan 2-0.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

walaupun x berapa tahu la pasai bola2 nih...tapi peminat liverpool nih...you'll never walk alone!

IMANSHAH said...

@Cheq Sue

sama la pulok

IMANSHAH said...

@Cheq Sue

sama la pulok

ade2mama said...

liverpool aku power kot heeh..
bengang plax aku asyik penalti kuyt jew yg amek..org laen xreti ape penalti ape??

heheeg

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget