WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 18, 2011

ORANG ASLI MAKAN LELAKI JERMAN ?



SEORANG pengembara yang berlabuh menaiki kapal layar dengan teman wanitanya di sebuah pulau Pasifik yang terpencil dikhuatiri telah dimakan oleh puak orang Asli di pulau itu semalam.
Jasad yang dipercayai milik seorang warga Jerman Stefan Ramin, 40, dijumpai di dalam sebuah bekas unggunan api di pulau itu.
Stefan dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dipanggang oleh puak tempatan – walaupun mereka mendakwa telah berhenti menjadi kanibal sejak beberapa dekad yang lalu.
Ujian DNA akan dilakukan ke atas tulang, rahang, gigi dan beberapa logam cair – dipercayai adalah tampalan gigi.
Semua itu dijumpai dalam debu sejuk api di sebuah pulau Polinesia Perancis Nuku Hiva , 930 batu Timur Laut Tahiti.
Stefan dan teman wanitanya Heike Dorsch, 37 – yang sedang mengembara mengikuti satu ekspedisi pelayaran sejak 2008 – berhenti di pulau berkenaan pada 16 September.
Stefan dipercayai telah mengikut seorang pemandu tempatan memburu kambing, satu tradisi di pulau itu.
Pemandu itu, yang dinamakan oleh orang tempatan sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri untuk memberitahu Heike: “Satu kemalangan telah berlaku. Dia memerlukan pertolongan.”
Tetapi Henri kemudian didakwa telah merantaikan Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya.
Beberapa jam kemudian Heike berjaya melepaskan diri dan melaporkan kecemasan. Satu pasukan yang terdiri daripada 22 pegawai polis telah melancarkan gerakan mencari di sekitar pulau berkenaan, di mana jumlah populasi hanya 2,789.
Mereka kemudian menemui apa yang dipercayai adalah jasad lelaki Jerman itu.
Henri Haiti kini masih hilang dan tentera telah dipanggil untuk membantu menjejakinya.
*Ini bukan kisah rekaan, banyak media utama United Kingdom hari ini melaporkan berita ini .



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

cheqna said...

aloh..ado lagi ko hok jenis lagu ni???
huhu

Lelaki Ini said...

hahaha
pggang ka???
or masak lemak jewk..
hahaha

FaKArePa!n said...

ade gak bca ni kat The Sun..

nyanyisunyi said...

agaknya masih ada lagi manusia yg mkn org mcm ni kan..

ziraziz said...

ish, dah xde bnde lain ke nk mkn..sanggup pulak mkn daging org...

Zul Fattah said...

ada lagi spesis ni dih?

Saiazuan said...

bleh jadi movie ni... :D

NzA said...

ada lagi la manusia xbertamadun......

Afida Anuar said...

aduhhh, terus rasa nak muntah ni, hari tu tengok gambar kat negara mana entah tengah siang orang....utk dibuat makan...

ckLah said...

:D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget