WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 12, 2011

PANGGILAN HAJI


Assalamulaikum semua. Antara lagu nasyid pilihan Imanshah setiap kali tibanya musim haji. Sewaktu arwah ayah dan ibu menunaikan haji tujuh  tahun yang lepas, hari-hari Imanshah mainkan lagu  ini. Syahdunya lagu ni, air mata mengalir teringat apa khabar agaknya ayah dan ibu di sana. Sungguh, kedua-duanya ke sana tanpa ada telefon bimbit. Kami hanya menunggu keduanya menelefon. Seingat Imanshah, hanya dua kali sahaja mereka menelefon kampung pada waktu tersebut. Alhamdulillah, kedua-duanya selamat pulang. Dan kini musim haji tiba lagi, kenangan terhadap arwah ayahanda kembali menerpa. Semoga damai dikau di sana duhai ayahanda. Jauh disudut hati Imanshah berharap agar Imanshah dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah.

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Malar hijau lagu ni kan..

IMANSHAH said...

@Kalamhati

evergreen gitu

ckLah said...

Tadi terdengar dalam slot laporan dari Mekah masa berita...syahdu!

NzA said...

Di sanalah tmpt kelahiran ayahnda akak.......

Luqman Hakim said...

haha belum jadi blog resipi..just kongsi je..

Dinas Aldi said...

Dari kecik akak memang suka lagu ni :)

IMANSHAH said...

@Luqman Hakim

kehkeh, ingat dah tuko

faizal mohd said...

suka gak lagu ni..

Zul Fattah said...

bila la, dpat hantaq mak g mekkah? teringin nk g skali dgan mak

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

insyaAllah semoga hasratmu termakbul

Rtp Farra Arisha said...

i touched whenever i hear this song :') InsyaAllah, klo ada kesempatan arisha and family pun mahu menginjak kaki kesana. tenangkan dan muhasabahkan diri :)

ibuintan said...

teringin sangat nak ke sana

lagu tu memang segar dan sedap didengar

tunz said...

sungguh sayu.....teringat arwah abah n umi...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget