WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, October 14, 2011

PERJUANGAN HIDUP MATI KELANTAN MALAM INI



SUMBER : KELATE.NET
Motivasi kami cukup tinggi untuk menewaskan Terengganu.’ Demikian kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Penolong Ketua Pasukan, Norshahrul Idlan Talaha menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, Kelantan menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Sekalipun ketinggalan dua gol rentetan kekalahan 1-3 tempohari, namun penyerang terbilang Kelantan itu tidak mahu terus meratapi kekecewaan tersebut sebaliknya pantas  menyuntik motivasi kepada rakan pasukannya untuk mencipta kebangkitan luar biasa apatah lagi mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri malam ini.
“Kami akan berjuang habis-habisan daripada tiupan wisel permulaan sehingga penamat. Itu janji kami kepada penyokong setia Kelantan. Kita akan tampilkan kejutan luar biasa bagi memastikan kita mara ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
“Kalau dikira defisit dua gol itu nampak sukar namun saya percaya dalam bola sepak semuanya tidak mustahil. Malah saya sentiasa meletakkan kepercayaan kepada rakan sepasukan yang lain betapa kita mampu merealisasikan misi sukar ini menjadi kenyataan.
“Kita akan turun dengan penuh semangat dan menanamkan keyakinan tinggi untuk menang. Tekad kita ialah memburu gol pertama seawal yang mungkin dan saya fikir kehadiran gol itu sudah pasti bakal mengubah rentak dan suasana dalam perlawanan tersebut,” katanya.
Menurut Norshahrul Idlan atau terkenal dengan panggilan ‘Matyo’, beliau tetap optimis dengan percaturan Ketua Jurulatih, Datuk M Karathu yang mampu menyenaraikan barisan terkuat pasukan Kelantan sekalipun turun tanpa tiga tonggak utama yang terpaksa menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
Sementara itu, tonggak pertahanan, S Subramaniam juga turut melaungkan keyakinan yang sama betapa perjuangan The Red Warriors tidak akan berakhir hanya dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.
“Peluang masih ada dan kita akan berikan tentangan sengit kepada pasukan Terengganu. Kita tidak akan menyerah kalah malah tempoh 90 minit itu akan kita manfaatkan sebaik mungkin dengan mencipta kebangkitan luar biasa.
“Biarpun ketinggalan defisit dua gol, itu tidak bermakna tekanan kepada kita. Saya percaya semua rakan sepasukan yang lain sudah tidak sabar untuk menghadapi Terengganu sekali lagi malam ini. Janji saya, kita akan keluar selaku pemenang dan layak ke separuh akhir,” katanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Luqman Hakim said...

harap kelantan mng la mlm ni....tak guna main kat terengganu sbb jual tipu...sial la...bongok ramai peminat kelantan tak boleh masuk.siap la terengganu..

Kakzakie said...

Kakak pun tak tahu walau tahu K'tan dan tertinggal mata aggregat tapi tetap berharap K'tan menang. Jgn penyokong T'ganu:D

Fatin Aqilah said...

haha.sabar2..jange duk baloh gituu.mcm debar jah nak thu sapo mene :D

kubigomofm said...

gomo kelate gomo sapai cawat kote hehehehe!!!

hafiz hafizol said...

TERENGGANU NEGERIKU TANAH BERDAULAT PENUH SEMANGAT.

TERENGGANU, Buat yang terbaek k.. :)muahhh muahh untuk pemain TERENGGANU.. hahahaha

Yatie Awang said...

apa2 pun Terengganu menang malam ni hahaha

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

nak sokong yang mana yerrr

Wassalam

missgee said...

SABAH!!!!

Related tak??? :P

Hana Soffelia said...

Tak minat bola. Tp sbb ambo oghe kelate, ambo harap kelate mene. ^_^

kasihibu said...

moganya berlangsung dengan aman damai hendaknya
(,")

adrenalina said...

gomo kelate gomo!

abu muaz said...

ha,haa,haaa ....
Trg satu ... kelantan dua

::FAIZ FARISH:: said...

tak tau nak sokong mana

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget