WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 22, 2011

PISANG


Sebelum menunaikan solat Jumaat, lazimnya Imanshah akan singgah sekejap untuk makan tengah hari di sebuah kedai makan milik orang Patani, di ipoh ini. Selalunya Imanshah suka makan pisang yang disediakan oleh pemilik kedai sebagai sedekah untuk para pengunjung kedai makan. Ada pisang emas, pisang berangan mahupun pisang montel. Macam-macam ada. 

Begitu juga kalau ke masjid, selalunya ada sahaja pisang yang diletakkan di tempat mengambil wuduk pada setiap hari Jumaat. Masih ramai jemaah masjid yang berebut-rebut untuk bersedekah kepada jemaah yang lain. Kadang-kadang ada yang bersedekah dengan makan tengah hari dan diletakkan di bahagian penjuru masjid. 

Imanshah tertanya-tanya juga kenapa pisang begitu popular untuk dijadikan sedekah bagi mereka yang ingin bersedekah. Agaknya pisang lebih murah dan mudah didapati. Teringat pula zaman kecil-kecil dahulu. Selalunya apabila seseorang anak kampung yang ingin memulakan proses mengaji Al-quran, maka ibu bapa akan membawa setandan pisang ke rumah tok guru. Imanshah masih ingat kerana arwah ayah merupakan tok guru mengaji. Sekarang ni aktiviti tersebut dah tak ada. Nak tengok ada kanak-kanak mengaji di rumah tok guru pun dah semakin susah ditemui sekarang


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Rozuan Ismail said...

kalau kat mckk dulu,masjid waktu solat jumaat byk je org sediakan pisang sbg sedekah.tapi ada jugak manggis n rambutan.

EmbunRosaliza said...

Assalam...sama juga dengan kampung dulu2 masanak mula2 ngaji mesti bawa pisang, naik quran bawa pulut.

Selalu la dapat mkn pisang...ingat jaman dulu.

Dinas Aldi said...

Pisang memang sedap. I like.

Get well soon, dik Iman. Kalau dah pi klinik, makan ubat betoi2 na.

Acik Erna said...

sama dengan arwah bapak acik..guru ajar mengaji.
tapi masa khatam dan naik quran je bawak pulut.masa awal mengaji tak bawak apa2 pun..
tapi masjid..memang selalu ada pisang setiap hari jumaat.

aimie amalina said...

hehehe
murah tu mungkin la kot
tapi pisang ni byk khasiat utk otak =]

IMANSHAH said...

@Acik Erna

sekarang mana ada kan..rugi budak2 zaman sekarang

adrenalina said...

nanti kat rumah kene tanam pisang lah nih....

Gen2Merah said...

iya betul.. tempat kami pun macam tu.. asal nak solat Jumaat mesti ada hamba Allah yang sedekahkan pisang.. tapi budak2 lah yang selalu perabih pisang tu.. heee

Cheq Sue said...

hah...sekali baca tadi terkejut kita... ingatkan suka makan daun pisang...bila reverse balik opssss...silap! murah rezeki orang yang sedekah tu

FaKArePa!n said...

saya tak suka makan pisang.. hehehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Buah pisang makanan tradisi sejak zaman dulu2 lagi. Antara buah-buahan yang mampu untuk pelbagai golongan makan dan rasa. keterlaluan mungkin kalau nak sedekah anggur dekat org ramai.... ataupun mungki pisang ada maksud tersirat lainnya..

apapun, saya suka pisang:)

ade2mama said...

knpe pisang sllu dijdykn sedekah??
kire solan teka teki la ny eheeh

den jawab k..

law bg durian..agk2 rmai xyg masuk dlm dengar khutbah??heehh..comfirm2 sume lpak lua kopek durian huhhu

IMANSHAH said...

@adrenalina

dah tanam dah..tapi dah kena buang sebab banyak sangat jadi sarang ular plak

Afida Anuar said...

Jangan kata kat ipoh, kat cyberjaya ni pun kasi pisang...

agak2nya, ada dak kedai makan yang kasi buah durian? hehe

Azham Vosovic said...

a'ah kan? baru terpikir...kenapa pisang?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget