WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 13, 2011

PM NAJIB SEMBAH SALIB SEWAKTU BERTEMU POPE ?



SUMBER : MYNEWSHUB

Ketika ini hangat berlegar di ruang siber terutama di blog-blog dan portal pembangkang gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai lalu.

Banyak komen negatif dilemparkan pelbagai pihak ke atas Najib di atas tindakan beliau itu.
Namun, sumber kerajaan memberitahu Mynewshub.my, gambar itu adalah palsu dan nyata dihasilkan menggunakan teknik pertindihan atau superimpose.
“Hendak tahu kenapa kami kata ia palsu, ada dua sebab, pertamanya kalau anda cari di Google Image anda akan jumpa Najib memakai tali leher berwarna ungu ketika bertemu Pope (dalam gambar warna jinga) dan keduanya, dalam gambar yang berlegar itu Najib siap pakai tanda nama ketika bertemu Ketua Agama Roman Katolik itu.


“Anda (wartawan) cakap dengan saya, tidakkah ini satu perbuatan kumpulan orang yang terdesak, ketua mereka dapat dilihat jelas dengan pelacur dalam video klip dinafikan sebaliknya video klip berpuluh minit itu pula dikatakan superimpose,” katanya di sini hari ini.
Sumber itu menambah, Perdana Menteri tidak pernah memakai tanda nama ketika berada di luar negara kerana itu bukan amalan mana-mana pemimpin dunia.
Antara laman web yang dilihat begitu galak mempromosikan gambar itu adalah SuaraPakatanRakyat dan blog-blog berpengaruh yang lain.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

narumi sakura said...

makin hari dunia politik makin menakutkan..mcammana la malaysia 10 thun lg akn dtng

http://narumiaida.blogspot.com/

Saiazuan said...

hmm klu diteliti, nampk impose..

Zayani said...

nampak sgt edit kot.

Penyu said...

haha. najib + rosmah. ape punnnnnnnnn xboleh. kehkeh.

Azham Vosovic said...

hurm...no komeng...no komeng hehehe

budakmengong said...

politik suck.hehe

MAT SOM said...

Entahlah, malas dah nak cerita tentang politik. Buat sakit jiwa

tunz said...

mcm2 hal politik ni...

ade2mama said...

da nmpk da jln ke neraka heheh

Ahmad Haziq Azlan said...

belum cukup 21...belum boleh mengundi....jadi taknak fikir pasal politik...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget