WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 26, 2011

PPSMI AKAN DIHIDUPKAN SEMULA ?



Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) berhasrat mengumpul lebih ramai golongan ibu bapa dan pihak berkepentingan dalam aspek pendidikan bagi mengesa kerajaan mengembalikan semula Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah.
Page melalui satu kenyataan media memberitahu, perkara itu perlu dilaksanakan bagi melihat anak mereka mencapai tahap aspirasi mereka.
“Masa depan anak-anak kami tidak wajar diabaikan semata-mata untuk tujuan politik jangka pendek.
“Isu ini tidak perlu rundingan kerana Akta Pendidikan 1996 menyatakan yang anak-anak harus didik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing dan itulah hasrat kami,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Page tidak membantah golongan yang mahukan Bahasa Malaysia dalam Pembelajaran Sains dan Matematik tetapi tidak jangan sampai ia `menyentap’ pelajar yang selesa dan dapat bergiat dalam PPSMI.
Kata kenyataan itu, perkara tersebut tidak akan menguntungkan negara sebaliknya kanak-kanak yang lebih giat dalam bidang itu haru didorong dengan lebih rapi.
Malah, kata kenyataan itu, kumpulan yang menyokong Page dalam permintaan itu kian berkembang dan mereka akan berkerjasama untuk mengumpul lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Amir Baker said...

Sbg student, sy rasa pelajar yg patut pilih nk ikut mana satu coz, bukan ibu bapa yg nak belajar, they all dah lepas kan. Dan, tak semua student yg x reti bhsa inggeris malah kami kekadang tu x faham langsung sesetengah soalan math/science jika ditanya dlm BM

ckLah said...

"Page tidak membantah golongan yang mahukan Bahasa Malaysia dalam Pembelajaran Sains dan Matematik tetapi tidak jangan sampai ia `menyentap’ pelajar yang selesa dan dapat bergiat dalam PPSMI."



Haih...sistem pendidikan kita!

Meski guru BM dan sayangkan BM, dan sentiasa gunakan BM sebaik mungkin dalam blog, ckLah setuju dengan kenyataan di atas.

Anak ckLah antara yang 'tersentap' itu, apabila diubah secara tiba-tiba. Selama ini, sudah selesa belajar kerana memang dari awal persekolahan dah macam tu...

cucu umie said...

bagi ayie yg pernah melaui PPSMI ad bek and buruknyer PPSMI ini.. first, tahap untuk pelajar mendadap A+ mungkin agak tinggi sebab soalan dalam bi and kebnykan soalan kimia, fizik and bio agak senang berbnding dalam bm.. mungkin untuk dilakukan PPSMI boleh ttpi tahap soalan itu biarlah setre dengan soalam peperiksaan dalam bm.. that's all..pendpt ayie..

tunz said...

SETUJU DGN CKlAH...sistem pendidikan bila dah dipolitikkan beginilah jadinya...

Awan Biru said...

Pada hemat Awan sendiri, Awan setuju. Jika ia dimulakan pada peringkat rendah lagi, rasanya tiada masalah untuk pelajar menguasainya. Kekuatan bahasa Melayu tidak akan terhakis jika seseorang itu mempunyai jati diri Melayu yang kuat.

azwa amani said...

macam2 lah politik ni..

IMANSHAH said...

@ckLah

sistem pendidikan kita..tunggulah dua tiga tahun lagi, pasti akan berubah

FaKArePa!n said...

sbnarnya blajar dlm BI ni mmg bgus.. masa skolah x rasa lagi.. nnti bila dah melanjutkan plajaran ke peringkat lebih tinggi.. bru la tau akan kelebihan blajar MAT dgn Sains dalam BI ni..

Azham Vosovic said...

saya yang menurut perintah...

ajar je dalam BI hehehhe

faizal mohd said...

PSMI mungkin beri kesan positif tapi dalam jangkamasa panjang. sekarang tak berapa nak nampak hasilnya sbb baru je lagi laksana. Tapi sebab taknak ambil risiko or takut lebih buruk hasilnya masa akan datang, mungkin dorang ubah semula blaja dalam BM.

Tapi memang kesian la dekat golongan yg dah selesa blaja dalam english. bile term translate ke BM nanti jadi pelik plak.

insan_marhaen said...

tadi IM sempat tengok satu program yang di hoskan oleh Haliza Misbun. Dia temubual seorang Malaysia yang bertugas di Milan, Italy.

Suaminya ada beritahu bahawa sistem pelajaran di Italy jauh lebih maju dari di Malaysia. usah bicara pasal pelajaran di 'u'. di tadika saja pun dah boleh lihat bezanya!

ain fathihah said...

payah la macam ni...adik saya sekarang baru habis PMR. dia antara pelajar yg belajar math&science dalam BI sejak darjah satu...saya pernah tolong dia buat latihan matematik kat rumah, dia tak dapat nak faham bila saya terangkan dalam bahasa melayu. kesian depa. jadi tikus putih.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget