WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 17, 2011

PTPTN UJRAH, SUDAH TUKAR KE BELUM ?




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuka semula peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah bermula 1 Januari depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang itu wajar digunakan sepenuhnya oleh peminjam, memandangkan tawaran bertukar kepada sistem Ujrah tersebut sepatutnya berakhir 30 September lepas.
“Walau bagaimanapun, ia berasaskan hutang semasa dan tidak ”backdated kepada 1 Jun 2008,” katanya kepada pemberita, selepas perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini hari ini.
Sehingga bulan lepas, seramai 55,546 peminjam PTPTN memilih bertukar kepada sistem Ujrah yang menawarkan bayaran upah satu peratus setahun berkuat kuasa 1 Jun 2008, berbanding sistem konvensional yang menetapkan kadar tiga peratus.
Terdahulu ketika berucap, Khaled berkata, PTPTN juga masih membuka peluang kepada peminjam yang berhasrat mendapatkan penurunan kos pentadbiran daripada tiga dan lima peratus kepada satu peratus untuk membuat pembayaran penuh hutang, tanpa perlu bertukar kepada Ujrah.
“Mereka yang membuat penyelesaian penuh sebelum 31 Disember ini, akan dilaraskan akaun mereka secara backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikan apa-apa lebihan kepada peminjam,” kata beliau.
Katanya sehingga bulan lepas, seramai 1,518 peminjam telah membuat penyelesaian penuh dan layak diberikan bayaran balik dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

azwa amani said...

tq sharing ni.. salam cikgu.. :)

azam said...

kenapa xbg automatik je....

pelik².....

Ahmad Haziq Azlan said...

cikgu, sekarang teman was was la nak terima ptptn atau tak. sebab ada peluang nak dapat PBU bank rakyat

NzA said...

baguslah camtu. moga betul2 islamik...

hafiz hafizol said...

tenx cekgu imanshah.. :D

alif haris said...

ouh camtu ye.. baru tahu.. thanks cegu ^^

missgee said...

Ptptn..

Huhh!!!

hutang sampai tua arr
kena bayar..

FaKArePa!n said...

saya xde pinjaman dgn PTPTN.. hehehe

Wanita Mutalib said...

sudah mohon. belum tukar. ngee

Gen2Merah said...

aaa??? ye ke? baru lak saya dengar berita ni? masih ada peluang ye tukar ke Ujrah...

saya ni antara penghutang PTPTN yang tegar nak membayar.. ekekeke

Zul Fattah said...

la.. tak tau la plak ada sistem ujrah ni.. kawe hok duk study ni, boleh tukar ko?

Kalamhati said...

ambo tok terlibat..hehe

Lelaki Ini said...

aku tak dapat...
cz buat pnjaman ptptn hnya dua sem..
so..
kena 3 percent jua!

zati embong said...

angkat tangan tnggi2,belum!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget