WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 16, 2011

SAMSUNG GALAXY S-19001 PLUS

Memang lah kalau rezeki tak kemana kan? Dua tiga hari lepas, Imanshah bercadang-cadang nak menukarkan telefon bimbit Imanshah dengan yang baru. Maklumlah, dah hampir setahun Imanshah menggunakan telefeon bimbit cap hayam. Ye lah, bukan apa, memang Imanshah bab-bab sedekah telefon bimbit ni  ke depan kalahkan orang lain. Setahun dua kali sedekah pada orang. (sebenarnya hilang dek kecuaian sendiri).

Nak dijadikan cerita, memang minat benar pada gajet-gajet canggih keluaran Samsung ni. Berangan-angan dari dua tiga bulan yang lepas lagi. Maka bak kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kebetulan sehari sebelum Imanshah bertukar kepada telefen baru, Imanshah menghadiri minum petang (hi-tea) di Hotel Excelcior Ipoh. Nak dijadikan cerita lagi (ni memang ketentuan Ilahi) telefon lama Imanshah tertinggal di tandas hotel. Hurm, nampakkan ? Memang ada RESTU di situ.

Makanya, pucuk dicita, ulam mendatang. Dapatlah Imanshah mencari alasan yang kukuh untuk memiliki Samsung Galaxy S-i90001 Plus. Hehe. Alasan yang kukuh tu. Tapi memang Imanshah tertinggal. Bukan sengaja tinggal tau. Ni bila dah beli telefon bimbit baru, mulalah ada pesanan dari rakan-rakan.

Nanti sedekah lagi ye kat orang...

Hurm, alahai. Baiklah boss, saya jaga elok-elok nanti.

Mood : Membelek-belek hp baru. Mak ai, jakun sungguh baru dok gedek-gedek.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

hamboiii...

* teringat cuba member punye, tapi bukan pesen ni lah... nk unlock pun x reti... adoyai..

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Alhamdulillah
Tahniah

selalu bersedekah...
kali ini Allah beri yg betul2 canggih..he he

Wassalam

FaKArePa!n said...

apsal x angkut s2 trus bang ???

insan_marhaen said...

IM pun sama juga. bab teknologi handphone ni 'lambat' sikit.

IM masih suka guna stail keypad.

ckLah said...

Baru belek-belek telefon di Greentown Mall. Setakat belek ajelahhh tapi...:D

Kalamhati said...

buleh geng la kita..mine S2..=)

Zul Fattah said...

haha.. beli je.. tunggu ape lagi..

sonata anak kancil said...

semua ni adalah ketentuan Illahi - ada hikmah sebaliknya....ada alasan kukuh la tu....kalau tak - tak tukarlah yg baru....insyaAllah sy jaga betul2 hp sy - tak tahu lah kalau nak jadi macam Iman jugak...he3x

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

dah beli pun..hehe

IMANSHAH said...

@FaKArePa!n

mula2 memang nak amik S2, tapi macam rugi je..ada dua je beza dia..1st xda flash, 2nd S2 dual core

Afida Anuar said...

Fuhyooo..pakai SG.... nnti kalau takmo sedekah kat saya yer shah.. ;)

Gen2Merah said...

Laaa, siang tadi kebetulan saya pun ke bandar nak cari hanpon Samsung macam gambar tu.. iya sebiji ehehehe.. kebetulan lak.. kang sama brand pula hanpon kita.. ehe

nasib saya belom beli lagi.. masi terfikir2..

NaeBlog said...

Wah!!!

handphone baruuuuuuuu..... :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget