WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 3, 2011

SEBELAS TAHUN BERTAHAN

Pagi tadi sewaktu menjalani rutin hujung minggu mengunjungi Memory Lane, Imanshah terpandang satu telefon bimbit terpakai yang dijual di sana. Maka , kenangan sebelas tahun lepas bertandang semula. Pada tahun 2000, pertama kali dalam hidup Imanshah merasai memiliki telefon bimbit sendiri sewaktu menuntut di Universiti Sains Malaysia. Inilah modelnya, SIEMEN S10.

Model S10 ni telah dikeluarkan paada tahun 1997. Untuk pengetahun semua, model S10 ini merupakan model telefon bimbit pertama di dunia yang memiliki warna. Maksud warna di sini bukan seperti telefon bimbit sekarang , tetapi warna hanya pada tulisan sahaja iaitu merah, biru, hijau dan putih.

Seterusnya, kalau kita masih ingat untuk mendapatkan nombor telefon (membeli kit permulaan), harga yang ditawarkan sangat mahal. Berbanding dengan harga sekarang rasanya 200 peratus berbeza. Kit permulaan MAXIS pada tahun tersebut lebih kurang RM 200. Mahalkan?? Berbanding sekarang dengah hanya RM 10 sudah boleh mendapatkan nombor baru.

Namun, alhamdulillah, nombor yang Imanshah beli masih lagi digunakan sehingga sekarang. Sudah masuk tahun ke-11 Imanshah guna nombor ini, walaupun kini Imanshah sudah beralih kepada pasca bayar.  Agak ralat juga sebab telefon bimbit yang pernah menjadi nostalgia dalam hidup sudah hilang. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

25 GENTA RASA:

Ahmad Haziq Azlan said...

wow
nombor season dah tu....
mesti 012 kan...

IMANSHAH said...

@Ahmad Haziq Azlan

aah..legend kot

Afida Anuar said...

Mine was nokia 3310... jatuh berkecai dari katil atas, sampai tercabut sim kad tapi masih maintain perkasa!! he he

FaKArePa!n said...

lama woo.. hebat abg imanshah ni.. 11 thun x tukar no..

AIEN NOT ALIEN said...

dulu pakai HP motorola apa ntah... teringat pula...hehehe.. kenangan...dah rosak & buang macam tu je...

cikgu isza said...

aya pun masih pakai phone lama..
malas nak beli canggih2..
janji boleh call..

tunz said...

wah...memang nostalgik tu..

Amir Baker said...

Waaa klu ade lagi phone tu mesti besh en. bleyh tunjuk kat cucu klu da tua nnti en. sangat nostalgia. lawa plak tuh

missgee said...

11 tahun nombor yang sama..
Ciri-ciri lelaki setia :)

delarocha said...

klasik

CIK TOM said...

ayah cik tom dulu pakai hp model ni..mmg klasik..ade antenna lg..heee

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Eloklah pakai hingga telefon tu rosak..

hafiz hafizol said...

Hehe... aku tingatan 5 baru ada handphone sendiri... :)

skunk mesti ko pakai BB kan?? #okbaii

Kakzakie said...

Bayangkan kalau cikgu masih guna telefon itu lagi... kena ketawakan anak-anak murid cikgu!!

Kakak pun tak pernah tukar nombor dan tak pernah guna pra-bayar....

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

wowww...setia dengan no itu..

Patik dh berape kali dh tukar no ok...hehehe..

cheqna said...

tepon first cheqna adalah nokia 3315..
nombor???seringkali bertukar..hahahahaha

gadisBunga said...

my first is nokia 3210.

sudah kene kebas kat kantin uia. huh!

Zul Fattah said...

fulamak.. ni raja sgala phone ni..
hehe.. ingatkan samsung yg first ada color skrin.. rupanye siemens eh?

Amy Syaquena said...

Amy pernah pakai fon nie masa mula2 ada telifon bimbit dulu..tapi x tau letak kat mane dah...

nas said...

menarik kisah dulu...
awal gile..
nas time 1st dapat nset pun time 2007..
itupun nset hitam putih nokia
alhamdulillah.. skank ni dah nset lain :D

S2? maaf la sbb xminat nak review.. cuma lebih kurang je ngan s plus.. cuma beza memori dalaman lebih besar 2x, kamera 8mp+flash+2mp kamera depan, browser lebih laju, skrin lebih terang dan saiz lebih besar

sahromnasrudin said...

wah!!! same la kite, teacher..dh 11 tahun pakai no yg same huhuhuh..klasik kan

syazwan tahir said...

dulu kt umah ade henfon lme cmnie, tapi nokia la..haha besar gedabak, slalu di buat main masa kecik2 dulu ;).

shida said...

ahaks...lama tue2~~~
ada sentimental value no tu...hu3

NICK IRFAN said...

dulu pehal mahal sgt simkad ye? aku pun dekat rm100 lebih jgk la.. skrg rasanya 100 siimkad aku boleh beli kalau dgn rm100 tu.. hahaha

Kalamhati said...

huhu ambo rajin jugok pkai hp siemens ni tp model lain..mmg nostalgia sungguh..

sama la kita..no hp hok pakai loni dah dah lebih 10 thn pakai..sejak tahun 1999 rasanya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget