WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 8, 2011

SUARA ITIK SERATI


Pernah dengar suara itik serati?? Hehe..Imanshah pun rasanya belum dengar lagi. Tapi selalu terkenang kalau zaman sekolah dulu bila suara kita pelik sikit. Kawan-kawan akan gelarkan kita suara itik serati. Begitulah gamaknya suara Imanshah hari ini.

Sebenarnya Imanshah dah mula batuk-batuk semalam, namun tak sangka pula melarat hari ini. Kebetulan pula pagi tadi waktu mengajar banyak dan hampir 3 jam bercakap dalam kelas. Balik solat jumaat, terus mengadakan kelas tambahan pula dengan pelajar tingkatan lima kerana ada program panitia. Memang telah dijadualkan oleh pihak sekolah. Malam pula sambung pula kelas tambahan tingkatan empat untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran. 

Alahai macam dia je koje cikgu ya. Bukanlah nak menunjuk rajin sangat, tapi itulah lihat kepada bonus, kenaikan gaji, penetapan DG 44 untuk kakitangan kerajaan yang bekerja lapan tahun dalam pembentangan BELANJAWAN 2012, seharusnya kakitangan kerajaan lebih bersyukur dan melipatgandakan usaha dan sumbangan mereka. Diluar sana, beribu-ribu rakyat Malaysia ingin terjun ke sektor kerajaan, namun masih lagi tidak berjaya.

Sedangkan kita, sudah diberi pelbagai insentif, kemudahan dan sebagainya. Justeru, tekadkanlah nawaitu kita, tingkatkan gerak kerja kita untuk membangunkan agama dan negara. Ni kira dah masuk air suam yang ke lima gelas dah Imanshah minum dalam tempoh sejam, masih juga belum baik suara itik serati ni.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

faizal mohd said...

camne suara itik tu? ce record sket. haha :)

nick dot anis said...

oh cikgu ya:-)

missgee said...

Cikgu rajin nie!!
Segan nak bagi komen
pasal keja :)

IMANSHAH said...

@missgee

idok, biasa2 je..hari ni terlebih rajin

ibuintan said...

minum madu dan air limau kasturi

suara itik serati pun sedap apa!

gadisBunga said...

saya pekerja swasta nak merajuk laju2 dgn bajet tahun ni!

♕ Mr.IX ♂ said...

tak dapat bayangkan sore itik serati cmne...klu sore serak org sebut sore dark vader....haha

budak penjara said...

guru cm aku baru kerja ni..alamaknya keuntungan di list lam bajet 2020 kot..hehe

Afzainizam said...

uuhhhh durian runtuh banyak tertumpu pada pendidikan dan para guru.... Syukur

Budjet kali ini agak menyeluruh cuma ada yang mengharap lebih tapi tak kesampaian... contohnya penjawat awam Gred 17 tak pernah naik lagi...

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

Ahmad Haziq Azlan said...

teman pon teringin nak keje kerajaan..

Azham Vosovic said...

Tak sabar nak mula mengajar....masih ada lebih kurang 3 tahun utk tambahkan ilmu ;)

syazwan tahir said...

suara itik serati x penah dgr lagi...suara itik nila dh penah dgr..hehehe. :P untunglah kan gaji pekerja government naik :D.


mai la singgah sini : enciksyazwanpunyablok.blogspot.com

ade entri baru :)

JG said...

minum air asam jawa..

untung sapa yg keje cikgu kn (^^,)

NzA said...

take care.....ttp rasanya romantik....

itulh berkat kegigihan NUTP n cuepecs yg xjemu2 mendaki tangga mengadakn prbincangan demi prbincangan n suami akak salah seorg ahli majlis trtinggi kebangsaan cuepecs...sbb tu slalu kami kena tinggal...hu.hu.hu....

insan_marhaen said...

Syarikat kerja IM pun baru ni bagi adjustment gaji dan increament. Ok jugak...

Afida Anuar said...

Suara itik serati seksi..

kadang2 jeles jugak dengan orang gomen ni;P

kasihibu said...

tahniah terhadap semua cikgu cikgu di m'sia ni
menarik kan untuk guru2 semua.

Kalamhati said...

btul tu imanshah..bersyukur dgn apa yg ada..dan lipat gandakan usaha

NaeBlog said...

itik serati.... hehe

Cheq Sue said...

suara itik serati = seksi

FaKArePa!n said...

untungla cikgu.. gaji mahal lepas ni.. huhu

hani@debumelukut said...

Quack quack quackkk....ke tu bunyi itik gembo gembo?

Nur-nba said...

Tahniah sebab telah laksanakan amanah yang diberi.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget