WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 15, 2011

SUATU CATATAN BUAT SEORANG SIFU DAN SAHABAT



Enti ini merupakan luahan peribadi saya. Terima kasih kerana sudi membaca..

Assalamualaikum WBT . Alhamdulillah, berita baik yang ingin dikongsikan buat semua Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR Ipoh, ialah Puan Noridah Binti Haji Ramlan, iaitu jurulatih debat Bahasa Melayu STAR telahpun dinaikkan pangkat daripada jawatan Guru Kanan Bahasa STAR kepada jawatan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (i-Gop). Tahniah sekali lagi dari kami seluruh warga KDBM STAR Ipoh.

Izinkan saya untuk berkongsi rasa dan bicara buat semua. Ada dua situasi sebenarnya ingin saya nyatakan. Pertama, sudah tentu kami Warga KDBM amat berbangga kerana Puan Noridah telah berjaya berada selangkah ke hadapan dalam bidang pentadbiran, kerana bukan senang untuk dipilih menjadi pentadbir. Sudah tentu latar belakang, kebolehan dan kemampuan serta  pengalaman menjadi elemen utama pemilihan ini dan saya tidak mempunyai sedikitpun perasaan ragu tentang kemampuan beliau untuk memikul amanah ini. Sepanjang mengenali beliau, melihatkan kepada komitmen dan kesungguhan sememangnya beliau merupakan calon yang paling layak. Namun, sebagai rakan sekerja yang telah hampir sembilan tahun bergelumang bersama-sama membangunkan arena bahas STAR, hati sedikit tersentuh dan sebak atas kehilangan seorang sifu, kakak dan guru yang banyak menunjuk ajar saya dalam arena perbahasan mahupun kehidupan.

Masih teringat di tahun-tahun awal saya mula menyertai keluarga ini. Dari zaman Khalis, Chor, trio Farid, Harinn dan Syazwan. Kemudiannya diteruskan oleh Siraj, Bapak, Ikhwan pada tahun berikutnya. Kejayaan oleh Paman, Acap, Azri, Faizs sentiasa mekar meniti bibir. Dan kemuncaknya kemunculan trio Uthman, Quchai,  Amirul dan Amir Syafiq yang akhirnya menoktahkan kejayaan bermakna buat Puan Noridah. Dan Alhamdulillah, kita masih memiliki nama-nama yang memiliki potensi seperti Wan Hafizan, Dhinie, Aiman, Muhaimin. Syafiq dan ramai lagi. Bukan sehari dua usaha digembeling bagi mengeluarkan 'potensi' yang ada dalam diri mereka sehingga  menjadi kebanggaan KDBM khasnya dan sekolah amnya.

Sudah banyak jasa yang telah dicurahkan, banyak benar budi yang dihulurkannya. Tanyalah kepada anak-anak yang telah saya sebutkan nama di atas. Sudah tentu tidak ada yang akan mmapu menafikannya. Sebagai pengikut dan murid yang setia, saya mulai mengikuti perjalanan bahas KDBM pada tahun 2004 dengan trio pertama pada waktu tersebut iaitu Adam, Shidot dan Meor. Dan saya tidak menoleh lagi selepas itu dan tidak pernah tanpa gagal untuk saya menjadi pembantu yang setia menemani ke mana-mana kejohanan yang disertai. Dari PPM zon utara, kebangsaan, hinggalah ke UIA dan berkelana seketika ke Bangi bagi menyertai kejohanan UKM. 

Benar kata orang, yang patah pasti kan tumbuh, yang pergi pasti muncul pengganti. Namun, orang selalu lupa, yang datang itu belum tentu akan sama redup pandangannya, kritis fikirannya, telus pandangannya dan ikhlas didikannya. Maka tinggal lah saya dan anak-anak ini untuk meneruskan perjuangan yang belum ternoktah lagi. Mempertahankan kejayaan lebih sukar dari mencapai kejayaan. Justeru cabaran utama pada tahun mendatang adalah mempertahankan Piala Perdana Menteri, apatah lagi STAR bakal menjadi persinggahan untuk HKSBP menjelang tahun 2012.

Tiada hadiah ribuan ringgit dalam mengiringi pemergian seorang sahabat yang bernama Puan Noridah. Mungkin yang ada hanyalah titisan air mata yang bakal mengiringi nya ke sekolah baru. Terima kasih selaut kasturi buatmu atas tunjuk ajar serta kasih sayang yang diberikan sepanjang 9 tahun berkelana di bumi bertuah ini. Terima kasih setinggi gunung kerana meninggalkan legasi yang cemerlang buat KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU STAR Ipoh. 


Selamat maju jaya buatmu, Puan Noridah bte Haji Ramlan
(Jun 2003-Ogos 2011)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

FaKArePa!n said...

x tau nk komen ape..

♥Lady Ainaa♥ said...

Selamat Maju juga!!! ^.^

Kalamhati said...

tahniah buat beliau..insan hebat..=)

missgee said...

Jasa itu akan dikenang..
Diingat sampai bila-bila..
Bila kita berbudi kepada
sekolah..

Tahniah, untuk Pn.Noridah..

MAT SOM said...

Bestnya naik pangkat, harap tidak lupa kpd kawan2 lama

Eazy Izzuddin said...

whoaa..
hebat..
:D

Ahmad Haziq Azlan said...

last saya masuk debat 2007 peringkat daerah hilir perak

IMANSHAH said...

@FaKArePa!n

datang menjenguk dan membaca sudah cukup bagi saya

IMANSHAH said...

@Ahmad Haziq Azlan

ooo debater gak ke

alif haris said...

pastinya beliau itu seorang yg hebat kan :)
selamat maju jaya untuk beliau dan cikgu juga :)

NzA said...

Tahniah...setiap prtemuan akn ada prpisahan.....

Dinas Aldi said...

Pasti beliau akan terus mencurahkan bakti di sekolah baru nanti, selamat maju jaya pada beliau.

insan_marhaen said...

Selagi mana ada ketelusan, yang bernama permata itu akan tetap bersinar sekalipun berada di dalam lumpur. Benih yang baik sekalipun tercampak di pulau tak berpenghuni akan tetap tumbuh dan subur!

Saiazuan said...

slmt maju jaya pada puan noridah :D

azwa amani said...

rindu dengan kumplan debat..sedih

kakcik said...

Tahniah dan Selamat Maju Jaya buat Pn. Noridah. :)

Miecyber said...

Gabantte ne....

Kantoi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Zul Fattah said...

slamat maju jaya untuk Puan Noridah.. hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget