WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 1, 2011

VIDEO TRAGEDI KEMALANGAN KERETAPI BERLANGGAR DENGAN LORI TANGKI MINTAK DI SABAH


KOTA KINABALU: Sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak menyebabkan letupan besar dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dekat sini, petang Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu mengesahkan kejadian itu dan jumlah kemalangan jiwa belum dapat dipastikan.- BERNAMA


Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliaunampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepaspelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.
Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.
Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakangkereta api. - BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

@xiiinam said...

Dalam pukul 6:50 tadi adik ckLah di Kota Kinabalu post gambar2 di FB. Setakat ini disahkan 18 maut. Tak taulah sekarang. Dahsyat kan!

IMANSHAH said...

@@xiiinam

Ya Allah ramainya maut..masyaALlah

@xiiinam said...

OOoops, maaf. 18 cedera parah katanya. Maut tak tau lagi. Kerja menyelamat agak terganggu sebab hunaj lebat. Tunggu berita sahih kat tv

@xiiinam said...

***hunaj>hujan. :D

Ahmad Haziq Azlan said...

teruknya....

LadyBird said...

Innalillahiwainnailaihirojiunnn..

semoga urusan dipermudahkan.. dan kepada keluarga mangsa.. semoga diberi ketabahan.. insyaAllah...



p/s : saudara imanshah.. lady create satu lagi blog tuk tujuan berbusiness.. kalau sudi, silakanlah ke teratak lady kot2 ade yg berkenan :)

http://tekadmajusdnbhd.blogspot.com

faizal mohd said...

takziah kepada mangsa. Dasyat sungguh tragedi ni.

gadisBunga said...

ya Allah...saya baru je 2 minggu balik dari kk....

Acik Erna said...

Tengok berita tadi..api bukan main besar....tapi tak tau kenapa..rupanya..kemalangan ye.

FaKArePa!n said...

langgar lampu merah r ni..

insan_marhaen said...

IM tertanya-tanya juga, macammana boleh terjadi. Dah macam kat India jer...

Afzainizam said...

pergghhhh dahsyatnyerrr... kadang kira nasib tak menyebelahi mereka... hari semalam lepas tapi kali ni tak lepasss... camnerrr jadi cam tu yerr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing crome sportrim

iKhRam said...

kalau tgok dlm berita td.. kebakaran dia memang besar.. dahsyat.

Lelaki Ini said...

takutnya..
innalilah!

encik iqram said...

human error laa kan..patutnya dah block dari jauh lg klu ada train nak lintas..

miss kinah said...

takutnye..... :(

abah khalisha said...

Hebat btl drive lori tu..tk fikir panjang kot sblm nak melintas

che mid said...

Silap buat perkiraan dan keputusan akhirnya menyusahkan orang lain dan diri sendiri..

Rtp Farra Arisha said...

musibah yang tidak disangka2 bukan? takdir sudah menentukannya. everything has been destroyed :'(

Zul Fattah said...

insiden paling dahsyat tahun ni kot...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget