WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 20, 2011

WANITA MENDOMINASI LAMAN SOSIAL



SUMBER : MYNEWSHUB
Seiring kemajuan dunia teknologi dan kemunculan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya, peningkatan pengguna daripada kaum wanita di laman sosial kini bertambah.
Di petik dari laman www.Nielsen.com baru-baru ini tentang penggunaan laman sosial di Amerika Syarikat menunjukkan, kaum wanita didapati lebih banyak mengakses laman sosial berbanding lelaki.
Jumlah paparan laman yang telah dibuka oleh pengunjung Facebook ternyata didominasi oleh kaum wanita dengan jumlah 62 peratus, dan jika dilihat berdasarkan umur pula yang paling aktif adalah yang berusia 18 tahun hingga 34 tahun.
Facebook dilihat menjadi rutin yang wajib dikunjungi berbanding laman sosial yang lain, dari jumlah tersebut, 57 peratus daripada mereka menonton video di Facebook.
Selain daripada itu blog dan laman web hiburan yang lain juga menjadi tempat kunjungan para pengguna internet, sebanyak 22.5 peratus pengguna internet AS mengunjungi laman-laman game online ( 9.8 peratus), email (7.6 peratus), Portal/website/blog (4.5 peratus), video/filem (4.4 peratus), laman pencarian (4 peratus) dan chatting/instant messaging sebanyak 3.3 peratus.
Jika kaum wanita lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial dan blog, lain pula halnya dengan lelaki yang lebih suka mengunjungi LinkedIn dan Wikia.
Menurut kajian yang dilakukan NM Incite, sebuah anak syarikat Nielsen.Mckinsey Company, hampir 2 daripada 5 pengguna laman sosial mengakses laman tersebut dari telefon bimbit mereka berbanding alat komunikasi yang lain seperti iPad, komputer riba, komputer peribadi dan sebagianya.
Nielsen juga melaporkan, bahawa Internet lebih digunakan untuk mendapatkan hiburan dan bersosial daripada mendapatkan berita.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

♥ manje ♥ said...

tingginya statistik tu... heee
betul le tu kan :D ~

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

dalam bab hiburan kaum hawa yg excited...he he
kaum adam ni...buat tak kisah ajer

Wassalam

che mid said...

Cuba cek statistik siapa semakin debab kat dunia ni? tentu kaum hawa gakkan.. yalah dah duduk menghadap internet je..

alif haris said...

hihi .. kiranya laki ni rajin belajar la ye.. hehe:D

Solihin Zubir said...

wanita.. sudah2 la tu.. bawak2 la ke dapur sama.. haha..

azwa amani said...

huhuhu...terdidik wanita terdidik generasi...tetiba plak ustazah pilihan kat sini..huhuhu

Zul Fattah said...

popuan cepat biak bang.. haha..

khaifaiz said...

tu belum lg akaun laman sosial yang menyamar jd perempuan...

FaKArePa!n said...

nk wat camne.. kdar pertumbuhan wanita ni tinggi..

ibuintan said...

mereka ada banyak masa selepas kerja rumah beres.....agaknya lah

cucu umie said...

asslamualikum abg iman...hehe

reality ye mmg mcm gitu pon wanita skrng sudah maju dgn it nie..

cucu umie said...

asslamualikum abg iman...hehe

reality ye mmg mcm gitu pon wanita skrng sudah maju dgn it nie..

Afida Anuar said...

Pasai wanita lebih ramai dari lelaki gamaknye..iyer dak?;)

IMANSHAH said...

@cucu umie

ada kamu..lama sungguh menghilangkan diri

MAT SOM said...

Lelaki di negara kita yg tercinta ini mendominasi warung2.....
Tanpa kehadiran mereka, taukey warung akan gulung tikar.

missgee said...

Owhhh!!!!No comment..
Saya separuh pompuan :P

Scarlett O'Hara said...

Ntahlah.Mana gi lelaki.Kat sekolah pun lelaki ah makin pupus.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget