WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 3, 2011

ADA APA PADA FESTIVAL SEKSUALITI MERDEKA ?


Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini.
Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan, tidak selaras dengan sebuah negara Islam dan mampu mencetus kontroversi yang mengancam keselamatan negara.
Antara yang menentang festival berkenaan ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan banyak lagi.
Bagaimanapun, beberapa NGO lain tampil menyokong festival berkenaan malah bertindak sebagai penganjur program kontroversi tersebut.
Antara NGO yang terlibat secara langsung dengan festival itu adalah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, KL Word, Justice For Sister, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Tenaganita dan EMPOWER.
Apa sebenarnya yang ada di dalam festival tersebut sehingga ia menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat negara ini?
Festival yang bertemakan “Queer Without Fear” itu diadakan bertujuan untuk mencari mekanisma terbaik bagi menyuarakan hak asasi kemanusiaan bagi golongan LGBT di negara ini, terutamanya mendapatkan hak pengiktirafan hak tersebut dari kerajaan.
Menurut laman web rasmi festival tersebut, www.seksualitimerdeka.org, program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini.
Pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi.
Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi.
Sesi Pengakuan Kabaret pula menampilkan beberapa selebriti seperti Alfian Sa’at, Gyorgy Furioso, dan Pang Khee Teik yang akan berkongsi pengakuan mengenai kehidupan seksualiti mereka secara terperinci dengan pengunjung majlis berkenaan.
Selain itu, pada 11, 12, dan 13 November pula akan diadakan mini konsert,“Love Out Loud”, dimana akan mempersembahkan nyanyian ‘lagu rasmi’ golongan LGBT yang akan disampaikan oleh beberapa penyanyi tempatan dan diserikan dengan kemunculan diva-diva pondan.
Sementara itu, sebuah perbicaraan olok-olok pula akan diadakan dengan kerjasama Majlis Peguam, Pusat Rakyat LoyarBurok dan Kempen MyConstitution, di mana ia akan mengisahkan perbicaraan kes berkenaan LGBT dan Kementerian ‘Kawalan Populasi’.
Kemudian, pada hari terakhir festival berkenaan, 13 November, akan diadakan bengkel “Fierce & Fabulous: Shelah’s Finishing School for Drag Queen” yang akan mengajar cara-cara untuk menjadi Ratu Makyah, yang akan disampaikan sendiri oleh bintang maknyah terkenal, Shelah.
Festival khas untuk LGBT itu juga akan menganjurkan forum terbuka kepada umum bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Untuk LGBTIQ: Jadikannya kenyataan di Malaysia!’ yang telah berlangsung semalam dan malam ini pula bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti Di Tempat Kerja’.
Manakala pada 5 November ini pula akan diadakan konsert amal, “Justice For Sisters: Nyah Rights Now!” yang dijangka bakal mencetus kontroversi di mana tujuannya diadakan untuk memperjuangkan hak golongan maknyah dari sudut perundangan negara.
SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

@xiiinam said...

Apa kata penyokong Ambiga dalam 'perhimpunan' yang dulu?

Ingat, bahawa Ambiga juga penyokong murtad nombor satu dalam negara kita. Jangan menonong nak ikut semua....

YULL said...

mcm2 hal ya dunia skrg...isk..isk..

miss kinah said...

Ya Allah..bukak lah pntu hati mereka..

Azham Vosovic said...

OMG! OH my GOD!

kim heeruul said...

mcm2 perhimpunan ada..haishhh..

Gen2Merah said...

saya pun nak kupas isu ini dlm entri saya nanti.. memang melampau2 lah nak sokong pergerakan macam tu.. dah hubungan macam tu diharamkan oleh semua agama, ada juga yg nak sokong

Afida Anuar said...

Tak takut ke bala Allah depa2 ni? aduhh sesak rasa dada baca..

Zul Fattah said...

gilo ke ape ni? sape la yg jd pnganjur ni?

FaKArePa!n said...

benda macam ni mmg saja nak tempah bala kan..

ed shokolath said...

@@xiiinam

totally agreed !!!! ambiaga oh ambiaga

ahmad humairi said...

sungguh mencabar iman.....sah mereka sengaja mensensasikan suasana. benterassss...

chii said...

aduhai..ape la nak jadi ngan manusia skrg ni..perkara2 sperti ni pun nak diperjuangkan..da sah2 malaysia ni negara islam...mcm makin melampau plak

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget