WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 5, 2011

ANUGERAH SKRIN MENJELANG WAKTU WUKUF DI ARAFAH

Nampaknya TV3 tidak sensitif apabila memilih menganjurkan Anugerah Skrin 2011 serentak dengan menjelang waktu wukuf di Padang Arafah. Apabila membuka laman sosial "FACEBOOK" malam ini hampir semua post adalah berkaitan dengan Anugerah Skrin. Setahun tempoh yang ada, malam ini juga yang dipilih. 

Apapun alasan yang diberikan, mohon TV3 sensitf dengan hari kebesaran Islam. 

Tak sengaja tadi terlihat beberapa selebriti yang berkemban dalam televisyen. Rasa meluat pula.


Dan InsyaAllah, pagi esok sesudah subuh Imanshah akan pulang ke desa untuk menyambut hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Doakan semoga selamat semuanya. Imanshah juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua muslimin muslimat di seluruh dunia.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

sangat dukacita..

selamat menyambut hari raya buat abang shah

@xiiinam said...

Selamat memandu pulang SHah. Salam buat keluarga. Semoga selamat sampai..Selamat Hari raya.

***Maaf cakap, ckLah tak ambil tahu langsung pasal dunia hiburan dan artis.

kasihibu said...

tak layan pun tambahan ada yg berkemban
errmm...ntahlah tak terkata.

Ku Azhar said...

Selamat hari raya...TV 3 semakin melampau skrng

IMANSHAH said...

@@xiiinam

tak perlu dilayan artis kak oii..selamat hari raya ..raya kat manila ke

sonata anak kancil said...

selamat hari raya aidil-adha - maaf zahir batin - tak tahu pulak ada anugerah ni (tak ambik port pun)....tengok2 ade anugerah pulak dahhhh....sebab baru balik dengar ceramah di surau... tak ada pilihan hari lain ke???

h A n Y S said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA cikgu.. =)

Rozuan Ismail said...

salam aidiladha.wan susah nak bagi komen pasal isu ini.biar hati jelah yang kata.kan cakap lebih2 ada pulak yang melenting.

IMANSHAH said...

@sonata anak kancil

salam cikgu..dah balik indon ke..selamat hari raya ya

:Cikgu Akim: said...

salam aidiadha cikgu~

:Cikgu Akim: said...

salam aidiadha cikgu~

FiraHasan said...

Salam Aidiladha cikgu :)

niesa said...

anugerah skrin yg membosankan...

selamat hari raya yek...selamat sampai kampung

insan_marhaen said...

semua kita terlibat sama.

Astro pula, Hari Raya nanti siar cerita hantu jer....

Muhammad Adam bin Roslan said...

makin moden, makin ramai tak kisah pasal bnda2 ni

NzA said...

Bagus sangat la....ditegur salah, xtegur lagi rasa bersalah.....entahlah!!!!!

Cheq Sue said...

tgk kejap aje...semput nengok ke dressing...lgpun penat balik kg...
semoga slmt sampai & salam aidiladha

abu muaz said...

mereka berkemban ikut skrip

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

kita ubah sekarang
kita tukar sekarang

Wassalam

tunz said...

salam aidil adha

sara pedrosa said...

tak penah layan pun anugrah skrin.

~ selmt blik kg cikgu, semoga selmt smpai
salam aidiladha ;)

Afida Anuar said...

pulak.. isk tatau pun ada anugerah skrin. Memang depa2 ni tak sensitip..

salam eiduladha shah, hati2 memandu. Ingatlah dia yang tersayang.. eceh;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget