WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 29, 2011

APEK TUA ITU


Setiap hari sementelah cuti ni, saya selalu menghabiskan waktu pagi saya sekitar dua jam di padang hoki. Dari jam 7.00 pagi sehinggalah jam 9.00 pagi saya mendisipkan diri untuk membuat latihan, senaman dan juga meningkatkan kemahiran asas saya dalam sukan hoki. Selalunya tatkala saya sampai kelihatan ramai warga emas berbangsa cina yang akan melakukan aktiviti larian, senaman dan juga taici. Sungguh meriah sekali sekitar kawasan stadium. Cuba juga mengintai jika ada dalam kalangan bangsa kita, ada tu memang ada. Tapi sedikit sangat lah.

Saya tertarik melihat seorang 'apek' tua yang selalu akan berjalan di sekitar stadium hoki hingga ke stadium bola. Membawa guninya. Membongkok saban hari mengutip botol dan tin minuman. Beginilah caranya menyara kehidupan. Melihat botol terbuang, pasti akan segera dikutipnya. sesekali dia mengangkat tangan kepada saya, menegur dengan cara begitu mesra sekali.

Kita sering terlepas pandang akan kecekalan golongan seperti ini. Walaupun mereka mencari rezeki dengan menjual botol minuman serta tin-tin kosong, namun sebenarnya apek tua dan ramai lagi golongan sebegini  sentiasa bekerja keras memastikan bandar kita bersih dan terjaga. Ibarat pekerja majlis bandaraya yang tidak bertauliah, kehadiran mereka sebenarnya memberi manfaat kepada  semua.   Betapa ramai dalam kalangan kita yang begitu tega mengotorkan kawasan dengan botol-botol plastik dan tin-tin minuman, namun apek tua ini tetap yakin, rezekinya ada dengan mengutip semula hasil buangan manusia ini.

Hari ini apek tua itu terus dengan aktiviti hariannya yang sudah sebati dengan kehidupannya.  Berjalan, sambil tersenyum riang. Dengan pandangan yang tajam,  membongkok sambil mencari dan mengutip rezeki buat menyara kehidupan. kau tetap yakin betapa rezeki ada di mana-mana !!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

azam said...

rezeki ada di mana²...nak dgn xnak je kan??

Kalamhati said...

jarang org melayu kia nk buat keje ni kan?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sedih kan? dh tua2 pun usaha cari rezeki... dunia skrg menuntut itu berlaku dan terus berlaku.

hoki?teringin nak main hoki tapi tak pernah cuba...

Zul Fattah said...

itulah keadaan manusia skrang ni.. buang sampai je pandai termasuklah diri ini...

Lelaki Ini said...

hmmm..
kesian dia!
tapi baguslah!
cari duit kat mana2!

a kl citizen said...

selamat bercuti dan beriadah iman...

abah khalisha said...

sampah itu adalah rezeki

IMANSHAH said...

@azam
betul, kau tak nak, org lain nak

IMANSHAH said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION

nak main boleh je..jom saya ajar

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

tukah demo ni suko sangat bue sapoh

Aien Not Alien said...

seperti pekerja pembersihan tidak bertauliah....


tegar mengutip demi sesuap rezeki...

diana said...

kalau kat kawasan akak ni pun cina jugak,..
dia kutip kotak2 dan tin2 kosong..
duit tu..tapi tak ramai yang nak kutip tin2 tu..
kenapa entah..

Yatie Awang said...

betul tu Iman, banyak cara yang penting kesungguhan

::FAIZ FARISH:: said...

touching. sian

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sob sob sob...terasa bersyukur dgn sume ni...

NaeBlog said...

Salam cg.Iman...

kerajinan orang Cina memang patut dicontohi...

kat tempat saya, walau ada perniagaan sendiri, pagi2 Apek jalan kaki (riadah)sambil kutip tin botol kosong juga...

siti murni said...

betul lah iman shah..jangan dipandang lekeh dengan pekerjaan diorang...walaupun pendapatan tak seberapa..cuba nilai dari segi tanggungjawab sosial mereka..besar kan...:)

Gen2Merah said...

kadang2 rasa sayu tengok kecekalan golongan sebegini kan.. mereka gigih untuk mencari nafkah walaupun sekadar megutip2 tin2 dan botol..
semoga rezeki mereka akan melimpah2..

Afida Anuar said...

dia lagi suka mencari sendiri rezeki dari meminta kat orang, subhanaAllah..sampah pun boleh jadi punca rezeki. Betapa Allah itu Maha Pemberi buat mereka yang mencari.. tak kira mereka beriman atau tidak...

tunz said...

kat umah mama ni pun ada sorng nyonya tua..yg akan round 1 tmn crik botol n 'can tin'...selalu mama letak kat depan umah jer..dia akan tau...masa mama kecik2 arwah mak akan letak 'nasi sejuk' = nasi basi/lama kat pagar...kdg2 tu kan..dia kan bagi telur ayam kat kita org..

NzA said...

akak mmg bangga dgn kegigihan kaum mrk ni krn di mana2 mrk brusha mencari rezeki..jrg meminta2 n menadah tngan..di kwsan akak pn sama...ada 2 org apek yg sebegina dan seorg drnya OKU..ttp gigih dia mengutip sampah utk dijual......

sara pedrosa said...

give and take, korang buang ada yang kutip..
mujurlah ada golongan camni, terpelihara alam sekitar kita ;)

Muhammad Adam bin Roslan said...

itulah sepatutnya diikut oleh orang Islam.. Berusaha mencari rezeki.. bukan hanya meletakkan cawan di lantai dan menunggu wang dimasukkan ke dalam cawan tersebut... :)

ibuintan said...

Iman, jangan salah sangka tau dengan Apek tua sebegitu yg kutip botol dan tin terbuang tu...


dulu ibu kenal sorang Apek yang part time buat kerja ni tapi kerja utamanya ialah tokey kedai perabut... dia buat part-time di waktu pagi dan petang sambil joging juga

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget