WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 17, 2011

BUKAN ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK

Nampaknya musim 2011 semakin menghampiri penghujungnya. Dan Imanshah seperti orang-orang lain di luar sana tidak terkecuali mengalami masa-masa sibuk yang tak berkesudahan dan Alhamdulillah, semuanya hampir berakhir. Tinggal satu dua perkara yang belum dibereskan sebelum pulang bercuti. Apapun, di penghujung-penghujung ni, Imanshah nak kongsikan sedikit kegembiraan Imanshah.

Baru-baru ini segala penat lelah Imanshah dalam membangunkan beberapa cabang dalam bidang kokurikulum di sekolah telah diiktiraf. Walaupun sekadar pengiktirafan dari pihak sekolah dalam satu majlis anugerah kokurikulum, sedikit sebanyak ianya memberikan sejuta kepuasan terhadap diri ini. 'Imanshah tak mengharapkan  sebarang anugerah atas kerja buat, tapi kalau orang nak bagi, Imanshah sungguh terharu..." Haha itu ayat artis tu. Jangan keliru.

Apapun, terima kasih kepada Unit Kokurikulum atas dua anugerah sekaligus yang telah diberikan ini. Moga ianya menjadi pendorong terhadap kejayaan yang lebih gemilang padamasa akan datang.


Anugerah guru penasihat terbaik persatuan kerana berjaya membawa pulang Piala Perdana Menteri (PPM) setelah kali terakhir memenanginya 16 tahun yang lampau, manakala anugerah ke dua ialah anugerah guru penasihat kelab sukan terbaik melalui pasukan hoki sekolah.


Jurulatih hoki.Tahap-tahap kampung je ni..

p/s : maaf saya menayang anugerah untuk kenangan saya di esok hari. Kalau pengintai-pengintai HOK SENGOTI mencebik, Imanshah tak kisah pun Tambah-tambah blog ni ramai yang FOBIA. Kena periksa hari-hari.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

iKhRam said...

tahniah
sekurang2nya jasa bakti cikgu iman shah kita ni diiktiraf dan dihargai..

kalau tak de sapa2 nak iktiraf..
meh sini, saya nak iktiraf

hehehe

Afida Anuar said...

Anugerah pemangkin semangat!... keep it up!!

PS: kalau tahap2 kampung, kaki ayam je... ni bukan tahap kampung ni:P

FaKArePa!n said...

tahniah buat imanshah.. heheh

ibuintan said...

tahniah... moga jadi pembakar semangat

cheqna said...

rindu plop nak main hoki

abah khalisha said...

mekasih-mekasih kerana mengundi saya..hehehe..sy tak sangka..len kali kena ckp gitu..hehehe

azzey said...

tahniah ye..:)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

teringat cm cite cikgu yg mai 1 skolah & dia bawak pembaharuan kat skolah tu haa...

Neway CONGRATE yee imanshah!!!

Muhammad Adam bin Roslan said...

hebat la cikgu!!

IMANSHAH said...

@cheqna

men la lagi, ok je

Citarasa Rinduan said...

sentiasa bangga mengenali cikgu.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget