WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 10, 2011

DARI BAZAR TOK GURU KE MASJID BEIJING

Hari terakhir bercuti Aidiladha, Imanshah menanamkan azam untuk berkunjung ke dua tempat ini yang belum lagi dikunjungi. Pertamanya, Bazar Tok Guru di Kota Bharu dan keduanya Masjid Beijing di Rantau Panjang. Alhamdulillah, Imanshah mempunyai urusan berkaitan dengan tempahan samping dengan seorang peniaga di Bazar Tok Guru. Maka buat pertama kali Imanshah menjejakkan kaki ke sana.

 

Pembangunan Bazar Tok Guru  ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Namun begitu tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Tanah selebihnya diperuntukkan bagi pembangunan bercampur merangkumi hotel, apartmen dan premis perniagaan.  Konsep rekabentuk Bazar Tok Guru bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Keadaan agak sunyi kerana kekurangan pengunjung. Bercuti Aidiladha agaknya.

Dari Bazar Tok Guru, Imanshah bergerak ke Masjid Beijing, di Pekan Rantau Panjang.


Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China. Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.Masjid ini mula dibina pada 12 September 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. SUMBER


Bahagian dalaman Masjid Beijing. Kelihatan rabung masjid menyerupai binaan pagoda di China. Juga penggunaan warna merah.

Kepada rakan-rakan blogger dari negeri lain, jika berkunjung ke Kelantan, singgah-singgahlah Di Bazar Tok Guru dan Masjid Beijing ni ya!!







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

hani@debumelukut said...

kita yg duk kelantan ni pun tak pernah singgah lagi..

blog-tips-kurus said...

tak sempat nak singgah masa out-station last week. cuaca pon < baik..

Hana Soffelia said...

Ouch.. malunya. Tak tau pun ada benda tu kt negeri kita. Cantiknya..

FiqaSaleh said...

uniknya masjid beijing tu.. ramai ke cina islam?

Afida Anuar said...

Sampin untuk majlis akad ni kah ke shah?;)

Ann Huda (Ate) said...

Ada dekat 10 tahun agaknya Ate tak ke Kelantan. Bila tgk gambo di atas teringin plak ke sana :).

cheqna said...

sejid tu sapa doh..
bazar jah dok lagi..
kelik gak kelate rayo baru ni..hazab bila jem...=)

hazlin nazri said...

InsyaAllah.. cadang nk ke pantai timur cuti sekolah ni..

abah khalisha said...

ala-ala negara china gitu

Mutiara Bernilai said...

Masjid Beijing?
Wah,,indah amat,,
tak pernah tau pun,,
teringin nak p la sana..

thanx shah!

nur aisya humaira said...

aisya pernah gi masjid i..rse mcm duk kat beijing je...hehe

siti murni said...

uiks..imanshah menempah samping nampak! hihi..ade ape2 ke...

hmm..cantik masjid beijing tu..sesuai dengan nama, unik! first time tau ada masjid macam tu kat malaysia ni..

a kl citizen said...

baru tahu ada tempat2 menarik ni. teringin juga nak pergi

FaKArePa!n said...

serius baru tahu ada masjid beijing kat rantau panjang..

NzA said...

akak pn blm brkesempatan singgah ke bazar tok guru tu..bbrapa kali lalu n smpat jeling je........

siti zakiah hasan said...

cantiklah...di mana exact location nye tu? mmg btul2 di KB ke? Teringin nk jln2 bwk family ke sana..lame dah tak ke KB..


NEW ARRIVAL Updated! - NEW YEAR PROMOTIONS

IMANSHAH said...

@siti zakiah hasan

dekat bandar KB..sebelah pustaka negeri kelantan..berhampiran padang hoki KB..tapak lama IPD kota bharu

Gen2Merah said...

masjib beijing.. mesti ada kelainan dan keunikannya tersendiri kan... ada rezeki saya pun nak lawat kelantan

KuNanGKuNanG said...

best ni, minggu dpan cuti leh la datang sini..xsabar ni nak bercuti ke klate ngan ganu..:)

hafiz hafizol said...

saya dah pegi masjid tu.. mmg cantik... huhu..

Rtp Farra Arisha said...

i've never been there although i'm often come back to kelantan..hehe. masjid beijing unik :)

nmkhairulazlan said...

dua2 cantik..sy pon xrajin gi lagi tempat2 ni...duk lalu jah sokmo...kena try singgoh skali lepah ni...

alif haris said...

ingatkan cegu pegi china td heheheh

NaeBlog said...

Masjid Beijing tu sangat unik...
Kali terakhir ke Kelantan pada tahun 1997...
Insyaallah ingin ke sana nanti

iKhRam said...

cantik la masjid beijing tu. nnt jgn lupa tunjukkan rupa sampaing yg ditempah tu yer

LadyBird said...

cantiknye masjid beijing tu.. mcm bukan di Malaysia jerk..

p/s : kagum dgn kelantan.. pesat membangun.. kdg2 jeles pun timbul..

Zul Fattah said...

pernah lalu je, tp tak pernah lg masuk dlam kedua2 tempat tu.. lpas ni kena g tengok r

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget