WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 1, 2011

ISYARAT SURUH KAHWIN

Malam tadi Persatuan Silat di sekolah mengadakan jamuan makan malam mereka di astaka sekolah. Dan kebetulan menu yang dihidangkan adalah  ayam BBQ. Oleh kerana alat membakarnya ada satu sahaja, maka mereka telah meminjam alat membakar milik Imanshah. Huhu, kecil tapak tangan, jemputan mereka hulurkan. Apa lagi sesi menadah perut semakin berleluasa sekarang. Hampir setiap hari ada sahaja jamuan yang dihadiri.

Usai majlis, Imanshah tidak segera pulang kerana ada urusan di luar yang perlu diselesaikan. Setelah selesai urusan, Imanshah pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya apabila Imanshah dapati kasut-kasut dan selipar Imanshah disusun dengan rapi. Mak aii, Imanshah tinggalkan dengan penuh seni sepah dan serabai. Di hulu kasut, di hilir selipar. Tapi, apabila pulang semuanya tersusun kemas, kira-kiranya beginilah susunannya.


Imanshah tertanya-tanya gerangan puteri bunian manakah yang datang mengemas kasut dan selipar Imanshah.   Bila melihat keadaan dalam rumah, bersepahnya seperti biasa..hehe. Maknanya puteri bunian tak masuk rumah. Sah bukan puteri bunian. Tiba-tiba Imanshah terpandang tempat membakar ayam. Ooo, akhirnya Imanshah dapat mengagak siapakah yang mengemas. 

Alahai anak muridku..Cikgu tahu cikgu masih belum memiliki 'orang rumah" yang boleh membantu mengemas rumah. Sayang juga korang pada cikgu ya. Tak pun, perli namanya tu..suruh cepat kahwin..Hehe..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

ed shokolath said...

tetiba rasa nak makan nasi minyak lak memalam buta ni

wanyf said...

nak tolon cekgu kemas kasut gak la.hee

adwafarahin said...

ok percaya lah anak murid yg susun sbb ader gak skasut yg disusun terbalik hehe :P

blog-tips-kurus said...

'bila cikgu nak kawen?' hehe!

ibuintan said...

tu la pasal... tak rasa tercabar ke?

kahwin la cepat!!

insan_marhaen said...

didikan yang baik. muga sikap begini berterusan hingga mereka dewasa.

IMANSHAH said...

@ibuintan

agak le u..haha

Zul Fattah said...

haha.. kena pun abe shah.. haha.. kahwin la.. tak baik simpan lama2.. kan penuh isinya..

haniekunie said...

comelnye anak murid..

@xiiinam said...

Nanti nak pinjam pembakar ayam tu...nanti 'kami' susunkan kasut, siramkan bunga, sapukan laman sekali...:D

Afida Anuar said...

Ye ke anak murid yang kemas kan tu? entah2..... secret admirer kot!.. hehe

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

idok...memang deme, udah tanya..budak tingkatan dua

@xiiinam said...

Tadi masa lalu Jalan Sultan Azlan Shh, nampak ada orang main hujan. Hmmmmmmmm, memang nak kena dikahwinkan ni!!!!

cik pha said...

nt tak lama lagi sampai lah seru tu hehe

faizal mohd said...

rajin sungguh anak murid cikgu ye. ce letak pakaian kotoq kat luar. mesti da siap sidaikan. haha :)

Kalamhati said...

hehe sampai masa doh tu..cepat2 la sket..kak wan nok gi ngele tumpat ni..hehe

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

tahun depan..tarikh keramat

12/12/12

Wassalam

cikgu isza said...

sejuk perut cikgu dpt anak murid mcm tu.. eh..
:D

nur aisya humaira said...

cikgu, cepat ler kawi..teman ak nengok org umahnye plok...hehe

Hafzan Sarah said...

bagusnya anak murid cikgu..

~cikgu kawin nt jgan lupa jemput org jeli ni..ehee

gadisBunga said...

tp bila cikgu nak kawen anak murid x bagi pulak. abis cane?

tunz said...

pelajar tu mmg syg kat cikgu imanshah ni ler......

nurul said...

hehe. bagusnya anak murid :)

AfiQ said...

hahaah..comel nye anak murid abg iman shah.. untung dpt anak murid camtu..ehem2..calon da ade ke?

iKhRam said...

sayangnyer diorang kat cikgu diorang nie..

hehehe

FaKArePa!n said...

dah ada dah bau2 nasi minyak ni.. keh3

hafiz said...

hujung2 minggu ajak anak murid dtg umh huhuhu siyes bersih kot huhuhu

hafiz hafizol said...

wah.. cikgu memg penyayang la kat anak murid..

:D

ain fathihah said...

sentap hati mak, nak! haha

nurhamizatulzullraooh said...

bila dapat makan nasi minyak ya..tak sabarnya he.he.kalau stabil dari segala segi insyaallah boleh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget