WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 6, 2011

JANGAN SEMBELIH LEMBU DI SEKOLAH DAN TEMPAT AWAM


Menjelang sambutan Aidiladha, esok Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu-lembu di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.
Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin majlis itu, MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu – yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu – akan diadakan di premis sekurang-kurangnya dua buah sekolah di Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Upacara penyembelihan lazimnya dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.
Malaysiakini difahamkan upacara pengorbanan yang dijadualkan pada Jumaat ini, bafgaimanapun telah dibatalkan atas sebab-sebab tiada kemudahan yang mencukupi di sekolah berkenaan.
Namun demikian, MCCBCHST berkata pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.
“Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.
“Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam. Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan itu lagi.
SUMBER : HARAKAHDAILY



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

Azham Vosovic said...

kat maktab hari selasa ni ada majlis korban gak... huhuhu

Citarasa Rinduan said...

Em.. menjadi tanda tanya......

Gen2Merah said...

laaa... baru ja cadang nak buat sembelihan kat sekolah esok... huhu

Mohd Sukur Ibrahim said...

cakap dgn diorg jgn tgk dah la

DaHLia said...

sekolah lamaku nak buat korban selasa ni.. tak pasti lah sembelih kat mana... nanti nak siasat..tq for info

hawiz said...

comey jer..hik3..selamat hari raya

Muhammad bin Sariki said...

Islam adalah agama yang terbaik. Walaupun penyembelihan ditempat awam, yang penting penyembelihan harus mengikuti rukun sembelih. Saya tetap bangkang dengan bantahan mereka yang bukan islam dan mengatakan islam zalim.

armouris said...

info tentang kelebihan sembelihan di SIHAT SELALU - Kelebihan Menyembelih Binatang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget