WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 15, 2011

MAAF SAYA SOMBONG SEKETIKA

Assalamualaikum buat semua. Rasanya ramai mungkin tertanya-tanya kenapakah Imanshah agak jarang mengemas kini entri baru sejak akhir-akhir ini. Eh adakah yang bertanya. Perasan betul. Untuk membalas kunjungan teman-teman jauh sekali. Maaf dari insan yang kerdil ini. Bukan sengaja untuk menyepikan diri. Dan Alhamdulillah, barulah rasa mampu mencari sedikit ruang untuk mencoretkan sesuatu.

Sebagaimana rakan-rakan pendidik di luar sana, minggu lepas merupakan antara minggu tersibuk terutamanya bagi yang megajar SPM. Inilah minggu terakhir kalinya memberikan tips-tips terakhir kepada para pelajar. Biarlah blog dibiarkan sepi seketika, asalkan tanggungjawab kepada mereka dilunaskan. Dan Alhamdulillah, semalam, seramai 142 orang pelajar Sekolah Bintang telahpun memulakan perjuangan mereka.

 

Apalah agaknya kata-kata semangat oleh pengetua. Agaknya memberi amaran supaya jangan tidur dan jangan meniru.

Kemudian, pada minggu lepas juga berlangsung beberpa kejohanan hoki. Memang seharian suntuk Imanshah berada di padang. Kejohanan Empat Penjuru dan Program Mendulang Emas JPN Perak menuntuk bekorban di tengah panas mentari. Depa dulang emas, tapi kita dulang panas memanjang. Huhu.


Balik dari berjemur panas dan hujan, ada lagi tugasan menanti. Imanshah turut menjadi ahli jawatankuasa perkhemahan perdana badan beruniform sekolah. Tapi mujurlah perkhemahan diadakan di Hazelerd Kem, iaitu kem di dalam sekolah sahaja. Letaknya di belakang rumah Imanshah. Hehe, tak payahlah jenuh-jenuh nak meredah hutan. Melihat kari ayam yang dimasak seperti masak ayam singgang je, buat Imanshah tergelak-gelak. Malam nya pula diadakan malam kebudayaan dan seperti biasalah, juri tetap dan berpencen adalah Imanshah.


Persembahan diadakan di hadapan "campfire" . Seronok tengok api menjulang tinggi malam tersebut. Apapun terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke Hok Sengoti walaupun Imanshah agak 'sombong' semenjak dua menjak ini. Jaga diri semua ya!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

oooo..sombong ya!.. tak nak kawan!..kekekke.. gurau je.

Biasa lah shah, kita semua ada tanggungjawab masing2 yang patut diutamakan. Bila ada masa terluang, boleh la berblogging balik;)

PS: mana gambo kari ayam macam ayam singgang tu? nak tengok!...

Ahmad Haziq Azlan said...

budak star pandai2 semua

Mr. Z dan Mis N said...

STAR student hebat2 belaka..tak de hal la..hehee


Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR

IPAD 2 FREE untuk ANDA

Eazy Izzuddin said...

maaf juga...
dah lama tak singgah sini...
:D

FaKArePa!n said...

xpe2..sy mengerti..

Yatie Awang said...

tak apa, kita semua faham...masing2 ada sesuatu untuk diuruskan

Hana Soffelia said...

Owh..saya faham.. ^_^

KuNanGKuNanG said...

nak wat camner kn terpaksa melaksanakan tggungjawab...:)

Muhammad Adam bin Roslan said...

xpe cikgu, teruskan tanggungjawabmu..

BM said...

aku pun dah macam pudar semangat nak berblogging

luahfikiran said...

SALAM,
BAKAL GURU CEMERLANG, INSYAALLAH !

::FAIZ FARISH:: said...

maaf, agak lama tak singah sini

siti murni said...

oo..mentang-mentang lah cikgu imanshah pandai masak..awak gelakkan pulak org masak singgang tu ye...hehehehe....

sonata anak kancil said...

saya pun sibuk dgn tugas sedia ada ! + skg menanggung tugas khas pulak...
apa nak kata kan - mereka memberi kepercayaan kpd saya.Saya hargainya.

@xiiinam said...

"Tak apa, kita bukan nak harapkan balasan kunjungan atau komen!" Hehe.Itu kata seorang bloger sebelum terkenal. Tapi apabila blognya sudah terkenal .....kita tak mai, dia pun hagham nak mai... hmmmmm, ha... haha... haha... tanam tebi di tepi bibir. Cewah!


...ckLah pun akan menyombong seminggu lagi, apabila sudah dikuarantin oleh lembaga!

@xiiinam said...

Opps, tebu lah...

Dinas Aldi said...

Bila orang yg sangat rajin update tiba2 sonyap, ada la sebabnya tu :)

Cik Lia Lomi said...

sombong yaaa...ngehhhh...

Gen2Merah said...

semoga student2 cikgu akan cemerlang dalam SPM yang tengah berlangsung.. semoga berjaya buat semua mereka

abah khalisha said...

good luck pada adik-adik yg ambil SPM..buat cikgu plak selamat menjaga

NaeBlog said...

Semoga cg.Iman cepat2 tidak sombong lagi... ^^

Tapi, selalunya guru bujang memang dipertanggungjawabkan pelbagai tugas...

Saya pun nak sombong!

Zul Fattah said...

xpe abeshah.. ambik masa lu, selesai benda penting..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget