WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 4, 2011

MAKAN MALAM TAHUN INI TANPA SUARA SENGAU IMANSHAH

Kalau masih ingat, tahun lepas Imanshah ada buat persembahan dalam satu majlis makan malam tempat Imanshah bekerja. Entrinya ada di DI SINI. Cadangnya untuk majlis makan malam tahun ini, nak juga buat persembahan. Ala-ala SATURDAY NIGHT LIVE..Haha. Alahai depan budak-budak sekolah yang semuanya sejenis dengan Imanshah, semuanya lelaki. Nak malu apa kan. Depa lagi seronok, dengar cikgu depa nyanyi walaupun suara sengau-sengau dan 'pitching" ke laut. Namun, disebabkan tahun ni beberapa masalah teknikal dari aspek suara, (sakit tekak mengajar kelas tambahan lah..lalalala)  persembahan simpan untuk tahun hadapan. Apapun kita tengok dulu gambar tahun lepas bagaimana ghopenya orang tua melalak. Maaf tiada audio mahupun video, sekadar gambar semata-mata.


Tahun ini, anak-anak buah yang buat persembahan. Terhibur dan menghiburkan. Kadang-kadang 'touching".


Tak sempat nak merakam dan mengambil gambar. Imanshah sibuk mengawal majlis. Makan pun tak sempat. Bukan apa, kalau nak diserahkan bulat-bulat kepada pelajar alamak tunggang terbalik lah. Yang hadir bukan sahaja pentadbir sekolah, bahkan tetamu dari luar.


Wajah-wajah inilah yang membuatkan sedikit 'touching'..Ucapan "terima kasih cikgu Imanshah kerana menjaga kami dari tingkatan satu lagi..". Dalam tempoh tak sampai sebulan wajah-wajah ini akan meninggalkan sekolah dan memulakan kehidupan sebagai 'bekas pelajar". Lima tahun Imanhsah menjadi mentor mereka semenjak tahun 2007. Good bye son, semoga berjaya di luar sana.


Sekadar gambar hiasan. Ni pelajar Tingkatan empat. Percaya??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

pasti diorg rindu dengan kelunakkan suara cikgu iman...

budak form 4 tu dah macam artis. kan??

Ann Huda (Ate) said...

Ramai 'anak bujang' Imanshah.

~Sya~ said...

tak percaya langsung...heheh

Muhammad Adam bin Roslan said...

cikgu TERBAIK!!!

budak said...

dpt anugerah cikgu feveret ke tu?
hehe

Hana Soffelia said...

Rupa pelajar form 4 sama mcm imanshah je. :-p

::FAIZ FARISH:: said...

hana, hahahahaha.... mcm kan?

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pas ni rekod suara & kasik ank2 imanshah dgr!!

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

itu gambar cikgu pelajar tingkatan 4 yg cemerlang....

Wassalam

BM said...

kau kan nak jadi retis dulu..
form 4 la sangat.
haha...

NzA said...

apa kata thn nie dikir barat pulak....

Selamat Hari Raya AidilAdha...kelik kg ko????

azwa amani said...

huhu..tkde muka budak form4 pun bro...alahai bestnya dapat aank murd mcm dorg tuu huhu

Afida Anuar said...

eh pelajar f4 ke.. tu shah? hehe..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget