WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 19, 2011

PANTANG

Tengah hari tadi Imanshah sempat berkunjung ke Pasar Besar Super Kinta. Hajat nak jenguk-jenguk je sebab lama tak ke sana. Tup-tup Imanshah ternampak cangkul. Tiba-tiba teringat cangkul dan penyodok kat ghomah tu kena curi dah. Ambil tanpa kebenaran. Almaklumlah, semua besi. Deme jual dapat juga duit kan. Sekarang ni semua ada sindrom PANTANG. Pantang nampak. Hak oghang ke, idok deme peduli. Asalkan buleh deme jual, sapu jelah.


Inilah ghopenya cangkul dan penyodok longkang. Setiap satu berharga RM 7 sahaja. Kira murah le jugak. Kalau berpeluang turun Ipoh, Imanshah cadangkan singgahlah kat Super Kinta ni. Macam-macam peralatan rumah, pertanian, kerja dan banyak lagi.Kebanyakan dijual oleh peniaga-peniaga cina yang dah tua. Memang deme jual murah-murah je. Lesung batu pun banyak.

Berbalik kepada penyakit PANTANG tadi, memang Imanshah akui ramai yang Imanshah jumpa oghang ghope ini. Bukan sahaja pantang nampak barang orang mula nak panjang tangan, tapi ada juga yang pantang datang kerja, hari-hari asyik dok pot pet pot pet pasal orang lain. Tapi kalau PANTANG ada koje, deme buat koja bersungguh-sungguh, itu bagus. PANTANG nengok sampah, terus buang. Itu lagi bagus. Jangan pula PANTANG ketua takde, mula lah nek MENGULOR. Yang pasti ramai dalam kalangan kita pernah BERPANTANG waktu bersalin.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

delarocha said...

pantang lapar..mesti nak makan.. huhu

cikgu isza said...

makanan.. pantang nampak mesti nak makan.. :D

IMANSHAH said...

@cikgu isza

tidak syak lagi

Acik Erna said...

Iman..rasa nak pi beli lesung batu..disini rasanya mahal betul kalau nak beli satu set..

IMANSHAH said...

@Acik Erna

moh le, memang murah, bukan simen , tapi batu punya

Far8 budak baik said...

pantang tgk terus beli..
hahahahaha

adwafarahin said...

sye slh seorang yg pantang jumpe brng jugak -___-

gadisBunga said...

amboi awak. gaya pantang bersalin tu mcm penah aje ek. heheh~

IMANSHAH said...

@gadisBunga

haha tak penah tak penah

Ahmad Haziq Azlan said...

awak tak pernah lagi jejak super kinta....takde rezeki lagi...

Azham Vosovic said...

nak bercucuk tanam ker musim cuti ni? hehehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget