WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 4, 2011

PPSMI : PENGUMUMAN TERBARU MENTERI PELAJARAN



Ini adalah berita yang baru diterima - Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa pelajar yang sedang mempelajari matapelajaran matematik dan sains di bawah sistem PPSMI akan dibenarkan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris sehingga mereka selesai pengajian di tingkatan 5.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan demikian ketika mengumumkan langkah-langkah pendekatan yang akan diambil dalam transisi dari PPSMI kepada bahasa kebangsaan semula, di sini, pada Jumaat.
Berikut adalah butiran penting pengumuman beliau:
> Semua murid dari tahun 2 sehingga tingkatan 5 tahun ini yang kini sedang mengikuti sistem PPSMI akan dibenar meneruskan pengajian mereka mengikut sistem tersebut sehingga mereka tamat belajar.
> Mulai tahun depan semua pelajar sekolah kebangsaan dari tahun 3 hingga tahun 6 akan dibenar untuk meneruskan pengajian mereka dalam matapelajaran matematik dan sains sama ada dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau kedua-duanya sekali.
> Mana-mana pelajar yang sedang mengikuti kedua-dua matapelajaran tersebut dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya.
> Pembelajaran dan Pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya akan bermula dari tahun 2016 untuk sekolah rendah.
> Untuk sekolah menengah pula, kedua-dua subjek berkenaan akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 2021.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

abu muaz said...

pening ... dasar kelam kabut

Hamizah said...

cikgu yg pening kepala kalau macam ni..kena dwi bahasa ke?cikgu jg jd mangsa bila dasar pendidikan dikacau org politik..kesian cikgu,kan?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget