WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 19, 2011

PROJEK GURU BEKERJA 9 JAM SEHARI TIDAK DITERUSKAN


Projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor tidak akan diteruskan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.
“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan disebaliknya. Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru.
“Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Labuan di bilik orang kenamaan di Lapangan Terbang Labuan di sini Sabtu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.
Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.
“Profesion perguruan ini ada keistimewaan…berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu.

SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Dinas Aldi said...

Elok sangatlah tak jadi. Macam2 nak komen ni benaunya tapi kutahankan hati.

Afida Anuar said...

Sudah la cikgu dah banyak kerja, nak tambah masa lagi...adoiii kesian la kat cikgu2 ...rasanya cikgu2 dah keje lebih 9 jam kot. Campur buat keje kat rumah bagai lagi ...kan?

Citarasa Rinduan said...

MOLEKLAH tu........
lega pula ayu baca entry nie..

syukurr

Ahmad Haziq Azlan said...

penat wo keje 9 jam

Gen2Merah said...

syukur alhamdulillah..... akhirnya...

cheqna said...

ala..sebelum2 ni nama je keje 730-200 ptg ( contoh neh) tapi rasanya keje cikgu tak pernah habis kan??
jadi macam tak dop beza mana pun projek printis ni dok diteruskan..ke guane cikgu??saloh ko??huhuhu

Azham Vosovic said...

alhamdulillah.... walaupun sy tak kerja lagi tapi kesian kat guru2 yg terlibat...

NzA said...

lain kali kaji betul2 sblm buat sesuatu keputusan/pengumuman...belajar dr kesilapan PPSMI..jgn jdkan pelajar/guru bhn eksperiment....

Aien Not Alien said...

JADI TAK JADI...


buat kajian betul-betul :)

khairul akmal bin azman said...

bagus la x jdi..
lagi penat la cikgu if jadi.

Zul Fattah said...

baguslah tak jd.. huhu.. x gitu abg shah?

nur aisya humaira said...

cian cikgu...tpi macam seronok je jdi cikgu...:)

arsal74 said...

Kajian kerja 9 jam tak jadi...tapi kerja 24 jam tetap diteruskan.. betoi dak IS? :)

محمد رازيق said...

hehe.. ok la tuh tak jai 9 jam... jangan panik cikgu2.. :)

@xiiinam said...

Hmmm, biasanya, ckLah malas nak menyampuk kalau orag cerita hal-hal tentang kerjaya cikgu begini. (Terutama yang ada bau-bau prasangka kepada guru dari yang bukan guru). Tapi yang ini, memang blog cikgu..ckLah sampuk juga.


Di bawah ni, ckLah salin komen orang tentng isu ini di FB seorang rakan:

Antara komen2 yg xpuas hati ngan guru brkenaan TPM umum batal 9jam....

1. Batal? Elaun dan macam2 kemudahan dah dapat, suruh kerja lebih nak ugut macam2. tak boleh kerja berenti je la. Buka kelas tuisyen je.

2. Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini

3. Saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain.


Pandangan macam tu, kita jawab pun tak guna. Depa tetap ketegaq dengan hujah depa. Tengok komen yang nombor 3 tu. Oooooooooooooooooo, suruh kita jadi bibik dia rupanya! Hihihi (baaaanyak cantik!)

@xiiinam said...

Hah..kan dah panjang, tulah...kan cklah dah kata malas nak nyampuk!





:D

Rtp Farra Arisha said...

it will be good then! :)

hafiz hafizol said...

cikguuuuu...

nabilah_2908 said...

kalau sy baca rintihan kawan2 yg bergelar cikgu kt FB...ramai yg tarik nafas lega tntg pembatalan projek ni...

abah khalisha said...

Kecian cikgu kalau duk kerja lama-lama

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget