WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 14, 2011

RAKYAT MALAYSIA PALING GEMUK DI ASIA TENGGARA



Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
“Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes,” katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.
“Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan,” katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.
“Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan,” katanya. – BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

niesa said...

kurangkan manis dalam masakan tambahkan manis dalam senyuman

Yatie Awang said...

orang kita kuat makan ni...hehehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

betul lah tu. hadap dan lantak makanan secara puas merupakan satu sikap org kita-,- ingatan untuk diri sendiri jugak...huhuhu.pasni kena control makanlah nampaknya!

Zul Fattah said...

rasanya.. perutni pun dah makin boroi dah.. haha.. nak bagi gemuk dulu tubuh ni.. baru buat cuttting .. hehe

che mid said...

saya salah seorang daripadanya..

LensaHp said...

Menteri yang bagitau tu pun tak kurang gemok jugak... Hahaha....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget