WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 28, 2011

RM20 K

Alhamdulillah, berita baik dari sedikit usaha Imanshah dan rakan-rakan. Lima bulan yang lalu, Imanshah dan rakan-rakan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM30, 000 untuk menaiktaraf peralatan, rak, almari dna kaunter koperasi. Dan Alhamdulillah setelah menunggu hampir lima bulan, berita gembira apabila kami menerima bantuan kewangan sebanyak RM 20, 000.


Walaupun jumlahnya sedikit kurang daripada permohonan Imanshah, namun kami tetap berbangga kerana koperasi kami terpilih daripada berpuluh koperasi yang memohon. Dan pagi tadi seawal jam 9.00 pagi, Imanshah sudah berada di Dataran Majlis Daerah Grik untuk menghadiri majlis penyerahan replika cek sempena Coop Festival Peringkat Negeri Perak. Replika cek telah disampaikan oleh Y.B Dato' Tan Lian Ho, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, merangkap Ahli Parlimen Grik. InsyaAllah, wang yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi koperasi kami. InsyaAllah.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

kasihibu said...

dapat juga manafaatkan apa yang dah di terima kan?
untuk keselesaan semua juga.

tunz said...

tahniah imanshah..moga akan terus berbakti untuk ank didik

Lelaki Ini said...

tahniah2!
gunakan duit yg diberikan sebaiknya!

hazlin nazri said...

tahniah!

sara pedrosa said...

semoga byk manfaat dpt diberikan ;)

Acik Erna said...

Tahniah..berjaya

Uthman Ag said...

waa , nanti bole buat baju outing .

Afida Anuar said...

Alhamdulillah..moga dapat manfaat buat semua.

PS: Semalam saya ke teluk intan, rasanya macam nampak honda city shah punya..tapi mesti bukan kan;)

Muhammad Adam bin Roslan said...

besarkan koop cikgu!! :)

Saiazuan said...

alhamdulillah, masih banyak duit yg dapat tu :)

salam maal hijrah :D

nyanyisunyi said...

Alhamdulillah tahniah...
banyak kegunaannya 20k tu.

CIK TOM said...

tahniah bjaya dpt budget...

aiman sanudin said...

whoaa. untung lah budak budak star tahun dpan. ni yg kena lawat ni. :D

Athirah Ismail said...

salam..ade contoh kertas kerja untuk menaiktaraf koperasi x??mintak share..athirah2103@gmail.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget