WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 17, 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM


Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia  Dato’  Ishak bin Ismail, Olahragawan STAR tahun 1971.  Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan iringan pasukan pancaragam STAR.

Hadirin dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan pancaragam sekolah di bawah bimbingan Encik Azli bin Yaakub .

 Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail , Olahragawan STAR tahun 1971,

Yang Berusaha Encik Said bin Manap, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR

Dif-dif kehormat,

Barisan  pengetua  dan wakil pengetua

 Ahli ahli STAROBA,  

Para ibu bapa,

Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA,pada petang ini kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Kokurikulum  STAR 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail kerana sudi hadir dalam majlis Anugerah Kokurikulum STAR pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua,tetamu kehormat kita pada hari ini merupakan bekas pelajar dan olahragawan pada tahun 1971.Kepulangan Yang Berbahagia Dato’ ke alma mater ini ibarat sirih pulang ke gagang.  Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan tuan pengetua.

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Tuanku Abdul Rahman .Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail , Olahragawan STAR tahun 1971, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kokurikulum STAR tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati,acara seterusnya ialah persembahan formasi oleh pasukan sukan STAR.Persembahan ini merupakan pertunjukan pakaian sukan dan demonstrasi permainan oleh para pelajar yang terpilih.

 Terima kasih diucapkan kepada persembahan formasi sukan sebentar tadi.

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini  iaitu upacara  penyampaian sijil dan plak kepada para guru dan pelajar yang telahpun menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2011 . Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail diringi oleh Tuan Pengetua Cemerlang STAR Encik Tuan haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim  untuk menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Upacara penyampaian anugerah dimulakan dengan…… rujuk senarai nama

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua cemrlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia  Dato’ Ishak bin Ismail dan Tuan pengetua atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kokurikulum merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada petang ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis. Para hadirin dijemput menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

0 GENTA RASA:

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget