WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 26, 2011

TIPS MENYEDIAKAN TEKS UCAPAN

Seperti biasa, jika cuti sekolah, majlis-majlis yang berlangsung semua orang tak ada. Nak tak nak, kitalah juga mengambil tanggungjawab ini. Tambahan pula, majlis-majlis sekolah yang diadakan pada musim cti persekolahan, selalunya nama kita je lah naik sebagai penyelaras. Kalau hati jahat dan minda negatif, maka kita akan berkata, mentang-mentanglah aku ni tak pernah membantah, asyik aku je kena. Namun, sebagai pendidik yang rasional, kena ingat tanggungjawab dan amanah. Maka, kerja akan jadi lebih mudah dan lancar.

Untuk majlis graduasi pelajar tingkatan lima ni, selain bertindak sebagai penyelaras program, Imanshah juga menyediakan teks ucapan perasmi. Alhamdulillah, pada tahun ini, Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Roshidi bin Hashim akan menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar yang akan menamatkan persekolahan mereka pada 1 Disember nanti. 

Menjadi seorang penulis teks ucapan bukan senang. Pernah tengok Perdana Menteri, menteri-menteri mahupun orang-orang besar negara menyampaikan ucapan. Bukan mereka yang sediakan. Tapi pegawai media, egawai khas mahupun penganjur kepada sesuatu program. Dan selalunya kalau di sekolah, kami bergilir-gilir menyediakan teks ucapan. Alhamdulillah, teks ucapan perasmi telahpun siap dan telahpun dihantar ke pejabat Datuk Bandar Ipoh.  

Di sini Imanshah nak kongsikan sedikit tips menyediakan teks ucapan :

1) Teks yang dibuat hendaklah berkaitan dengan majlis. Maksudnya latarbelakang majlis dan tujuan penganjurannya hendaklah difahami sepenuhnya. Contohnya jika mengadakan majlis anugerah kokurikulum, seharusnya isi kandungan teks berkisar kepada pencapaian, kepentingan serta cabaran dalam bidang kokurikulum.

2) Bahasa. Bahasa yang mudah dan tepat adalah penting. Jangan menggunakan bahasa pasar sebagaimana percakapan seharian. Seeloknya biarlah membuat rujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran dalam bahasa.

3) Mesti meletakkan diri ataupun membayangkan diri penulis sebagai orang yang akan berucap. Justeru setiap patah kata yang ditulis akan mencerminkan keikhlasan dan kecaknaan kita terhadap isu yang hendak dituturkan.

4) Mesti membuat rujukan. Selalulah melihat contoh-contoh teks ucapan yang ada di internet dan sebagainya. Ianya sangat penting untuk meningkatkan gaya penulisan kita. Namun, penulis mestilah peka, jangan pula mencedok isu-isu yang lapuk. Misalnya peristiwa-peristiwa yang berlaku dua tiga tahun lepas, tetapi dijadikan contoh. Namun, jika peristiwa tersebut releven dan tepat untuk dijadikan contoh, ianya tidak menjadi masalah.

5) Semakan. Mesti menyemak teks ucapan yang ditulis sebelum dihantar kepada tokoh berkenaan. Adalah penting menyemak waima sepulih kali sekalipun, kerana ianya mencerminkan ketelitian dan kecekapan organisasi. Tidak manis, jika draf ucapan yang dihantar tadi silap ejaan di sana-sini. 

6) Jangan lupa untuk menghantar salinan dalam bentuk "soft copy" kerana kadang-kadang perasmi ingin membuat pembetulan dan penambahan terhadap teks tersebut. 

Semoga bermanfaat !!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

tahniah - semoga keikhlasan Imanshah hanya Allah swt saje yang membalasnya - percayalah !

CIK TOM said...

ciktom plg xreti buat ucapan..bgslah tips ni..boleh praktis..hee

Rtp Farra Arisha said...

you seem smart at writing dan patuh pada amanah..it sounds good! :)

HASNAH said...

slamat thn br maal hijrah 1433h...
info yg sgt membantu..
thanks ya!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget