WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011: TERBAIK DALAM TEMPOH EMPAT TAHUN


Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.
Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.
Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.
Mengulas mengenai penurunan peratusan calon yang mendapat kesemua A tahun ini berbanding tahun lepas, Abd Ghafar berpendapat kenaikan dan penurunan itu merupakan perkara lazim dalam peperiksaan.
"Penurunan itu agak kecil iaitu 0.54 peratus sahaja. Tetapi kalau kita lihat yang dapat minimum C bertambah. Kalau lihat keseluruhan yang (mendapat pencapaian) minimum itu berkurangan iaitu yang dapat gred D dan E berkurangan... itu bermakna baiklah," katanya.
Abd Ghafar berkata, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar pada tahun ini dapat dirapatkan sebanyak 0.01 daripada GPN 0.16 tahun lepas kepada 0.15 tahun ini berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan kementerian untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar.
Beliau percaya usaha kementerian seperti menerusi 'School Improvement Programme' yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memberi kesan.
"Kita menggerakkan keseluruhannya dari sudut nazir, dari segi pihak guru cemerlang untuk membantu sekolah-sekolah luar bandar. Jadi nampak pada saya hasilnya program kita (untuk meningkatkan sekolah luar bandar ini," kata beliau.
SUMBER : MSTARONLINE

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Gen2Merah said...

wow tahniah

wahida said...

alhamdulillah...tahniah pada semua yg berjaya...

MAT SOM said...

Tahniah kpd yang berjaya dgn cemerlang
Yang gagal, tebus maruah dlm peperiksaan PMR kelak.

alif haris said...

dah makin pandai budak2 skrg ^^

Afida Anuar said...

Anak sepupu dapat 4A 1 B, sedih dia...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget