WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 21, 2011

ALLAH BAYAR CASH


Hari ini Imanshah ke pasaraya Jaya Jusco di Kinta City Ipoh. Membeli sedikit keperluan seperti pakaian untuk persediaan persekolahan nanti. Wah kalah budak-budak. Dan selalunya Imanshah bila ke Jusco tidak melepaskan untuk menikmati McFlury Milo di Restoren maknan segera McDonalds. McFlurry memang antara menu kegemaran  Imanshah selain dari Shake Strawbery. Nak dijadikan cerita juruwang Mc Donalds tidak mempunyai syiling. 25 sen tidak dikembalikan.

Yalah 25 sen pun duit juga. Imanshah minta juga baki. Imanshah rasa 25 sen tu seolah-olah nilai yang besar. Entah kenapa selalunya Imanshah tak begitu. Alah 25 sen tidak mengkayakan Imanshah, dengan 25 sen kurang juga tidak akan memiskinkan Imanshah. Tapi entahlah. Imanshah berkeras. Dan selepas itu, ada pelanggan lain yang membayar menggunakan duit syiling yang secukupnya. Alhamdulillah, duit 25 sen tadi dapat semula. 

Tapi sebenarnya berlaku insiden yang tidak diingini. Imanshah sedar pada waktu tersebut  Imanshahmeninggikan suara , seolah-olah seperti orang sombong. Ya Allah ampunkan hamba-Mu ini. 

Sewaktu hendak  pulang selepas selesai membeli belah, Imanshah menuju ke kaunter pembayaran tiket automatik. nah! Ambil kau! tiket Imanshah hilang. Tiket parking yang berharga RM 1 telah hilang. lalu Imanshah berlegar-legar di dalam Kinta City untuk mencarinya. Namun, semua usaha gagal. Imanshah tidak sedar bilakah tiket tersebut terjatuh. Sudahnya RM 20 melayang bagi membayar denda.

Mungkin kehilangan tiket dengan kelakuan Imanshah sewaktu berurusan di kaunter pembayran McDonalds hanya kebetulan. Namun, Imanshah melihatnya dari sudut yang berbeza. Kelakuan yang biadab dan sombong, Allah bayar 'cash' sahaja.

Alhamdulillah, selepas membayar denda, Imanshah kembali ke Mc Donalds, dan menulis sesuatu di atas resit bayaran Jusco. "Saya mohon maaf" ..dan saya serahkan kepada seorang staf Mc Donalds yang kebetulan sedang mengemas meja kerana staf tadi sibuk di kaunter. Imanshah berlalu dan berharap dia tidak berkecil hati.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Adinda Amy Sensei said...

macam2 kann....takpe..amik pengajarannn!!!

azam said...

mmm.....barangkali, ambil pengajaran

MAT SOM said...

Menitik air mataku kerana aku juga pernah, malah lebih sombong daripada Itu.

azwa amani said...

syukur ada kesedaran..daripada terus leka dan lalai dengan kesmbongan.. :)

Siti Nur Aisyah said...

bukan sombong tapi kadang kadang kita nak menyebelahi diri kita kan,tengok tengok tak sengaja lak.= ="

che mid said...

Customer is always right.. adakah masih relevan bila dikaitkan dgn sabda nabi saw tu..

cucu umie said...

alhamdulilah, mungkin setiap yg berlau itu ad hikmahnye abg iman..

Suhami Ahmad said...

risau gak kalau atok terdetik bersikap sombong...

klcitizen cikgunormah said...

saya pun pernah terkena urusan bayaran cash ini :]

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Alhamdulillah

Allah cepatkan kesedaran saudara

Wassalam

Umar Arlee said...

Saya hanya mampu tersenyum apabila membaca entry ni..

sara pedrosa said...

mungkin ini namanya kifarat..
dibayr cash supaya kita cpat2 sedar kekhilafan tu

Afida Anuar said...

Manusia yang paling baik adalah yang melakukan kesalahan dan cepat2 bertaubat atas kesalahannya....

InsyaAllah Shah, dia tak kecil hati...dia pun faham tu. Karenah pelanggan kata dia macam2;)

Citarasa Rinduan said...

cikgu..

syukur, ianya sentiasa menyedarkan ayu.. mana tahu tanpa sedar ayu ada jua berbuat dosa..
kita sama2 maaf memaafi..
moga kita sentiasa dimasukkan dalam golongan orang2 yang diberi kesedaran..amin

delarocha said...

Alhamdulillah terdetik jua hati ingin memohon maaf.

entry yang bermanfaat untuk saya. peringatan untuk diri sendiri supaya tidak sesekali bersifat sombong.

tq

HASNAH said...

~mmg bermakna.. semoga blh dijdkan iktibar unk kita semua...

k e y r i said...

suka cerita ni. pengajaran buat diri sendiri juga. tahniah imanshah sebab akhirnya berusaha jugak mintak maaf dgn org tu. kalau aku xtaulah camne~

Muhammad Iqbal said...

tak pa, ambik ja pengajaran. Biasalah, manusia..Kadang-kadang terlupa. Pada saat itulah, hamba-Nya yang disayangi diketuk. Bukan apa, hanya untuk menegur. Bila beduk diketuk.

Namun, rasa bersalah dan merendahkan ego untuk meminta maaf itulah sesuatu yang mulia! Tidak semua orang mampu lakukan.

luahfikiran said...

SALAM,
ALLAH MENGETAHUI . APAPUN KITA AMBIL PENGAJARAN BAIK DRPDNYA

IMANSHAH said...

@luahfikiran

terima kasih dato'

kakcik said...

Allah mengajar/mengingatkan kita dengan caraNya...

nyanyisunyi said...

Alhamdulillah Iman cepat tersedar..banyak2 berastagafar..baik buat peringatan untuk semua tu iman..

mekjangok said...

kekadang kita lupa kita manusia biasa yang tidak sedar akan kesilapan diri..anggap la apa yg terjadi itu teguran Allah buat umatnya yang disayangi...

sarah mohamad said...

Teladan buat saya. Semoga kita semua menjadi better person :D

abu muaz said...

alhamdulilah satu pengajaran menarik...

Muhammad Adam bin Roslan said...

wa.. bgusnya tindakan cikgu,, semoga semua org contohi cikgu

Papa PUSS said...

bergenang airmata baca..
kkdg Allah dah tetapkan
kejadian pada makhluknya..
mgkin ia satu iktibar jga..
thanks untk entri ni..

BTW Follow Here..
Hope Hit Me Back.. Thanks... :D
www.segalapet.blogspot.com

mylovely-cats.blogspot.com said...

Inilah kekuasaan Allah menjadikan manusia dengan sempurna tetapi manusia itu sendiri tidak menghargai apa yang diberi olehNYA...

Anyway nice info...

We already follow your blog, don't forget to follow our blog too.. TQ.. :-)

www.mylovely-cats.blogspot.com

Gen2Merah said...

sebagai renungan buat kita bersama

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget