WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 19, 2011

ALMA MATER

Dua hari lepas, saya berkesempatan menjengah dua institusi yang pernah menjadi persinggahan saya suatu masa dahulu. Walaupun tiap kali pulang bercuti saya tidak jemu untuk menoleh dan sesekali bertanyakan ibu tentang perkembangan tempat belajar saya ini. Alhamdulillah, semakin hari ke dua-dua institusi ini terus bersinar baik dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum.


Sekolah Kebangsaan Kelaboran


Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat

Mungkin bagi sesetengah orang sekolah merupakan tempat yang sangat merimaskan. Datang sekolah sebab nak ambil SPM, datang sekolah kerana dipaksa dan sebagainya. Sebab itu ada istilah ponteng sekolah dalam kamus kehidupan. Namun, Imanshah sangat sayang kan sekolah. Enam tahun di sekolah rendah dan tujuh tahun di sekolah menengah satu tempoh yang sangat lama. Dan rasa kasih, cinta dan sayang tumpah kepada alma mater yang banyak menjadikan manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Sehingga kini, saya masih lagi di sekolah. Dan tahun hadapan genaplah sepuluh tahun saya berada di sekolah. Kalau dahulu tempoh tiga belas tahun  berada di sekolah sebagai warga yang dahagakan ilmu, kini giliran saya pula untuk menitiskan dan menyebarluaskan ilmu buat anak-anak bangsa saya. Dan saya tidak pernah jemu untuk terus berada di sekolah.

Sesekali, teringat dan terkenang guru-guru yang pernah hadir dalam hidup saya. Walau mungkin didikan di awal 90-an dahulu cukup berbeza dengan zaman sekarang, namun setiap nasihat, ajaran , mungkin sesekali leteran tetap kukuh tersemat dalam hati. Kepada yang telah pergi mendahului, Alfatihah buat kalian. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Tup tup2... sekejap je kan rasanya waktu kat sekolah dulu-dulu. tapi kalau ikutkan 13 tahun tu..lama..

eh kenapa 7 tahun kat sek menengah? bukan 5 tahun?

Lelaki Ini said...

rindunya nak balik sekolah rendah..
nak tgk macam mana perubahan

Dinas Aldi said...

Akak selalu rasa syahdu semacam bila lalu depan sekolah rendah akak dulu. Sekolah menengah pun teringat jugak. Kenangan yg amat berharga.

Kakzakie said...

Sebab itulah cikgu sebagai guru ia merupalan ladang pahala yg terbaik. Bersyukur dapat berbakti. Bayangkan satu huruf dah diberi ganjaran... tak terhitung rasanya....

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

saya masuk form six..tak pi matrik

IMANSHAH said...

@Lelaki Ini

sekolah rendah je?? menengah takrindu??

cheqna said...

behnya bila ingat balik kenangan time2 koloh dulu..
wenduuuu

diana said...

mesti cikgu yang baik dan ramai anak murid sayang nih..:)

Yatie Awang said...

teringat pulak akak kat sekolah lama..

gadisBunga said...

kalau balik sungai petani, saya masih boleh nampak sekolah menengah saya.

tapi kalau pegi kuantan, saya tak boleh tgk sekolah rendah...sebab letaknya dalam kem tentera... :(

Azham Vosovic said...

hehe, seronok dpt mengimbau kenangan kat tempat kita belajar dulu uhuhu

sonata anak kancil said...

kalau saya balik kg pun - tapak sekolah rendah dulu masih gah lagi - cuma la ni telah banyak dibaikpulih & ubahsuai - tp sekolah menengah tetap kukuh tersergam indah ! sekejap masa berlalu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget