WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 27, 2011

BAS EKSPRESS BERTANDAS

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar semua. Hari tu sewaktu pulang sekejap ke Kelantan, Imanshah menaiki bas ekspress Mahligai. Bas dua tingkat la. Maklumlah dah lama tak naik bas ekspress dalam jarak perjalanan jauh kecuali bas sekolah Imanshah sahaja jika ke sana ke mari membawa pelajar. Yalah dunia semakin maju, bas juga semakin maju. Rata-rata bas ekspress sekarang merupakan bas dua tingkat. Sebenarnya Imanshah takut juga menaiki bas dua tingkat ni. Yalah rasa tak selamat, tapi Alhamdulillah akhirnya Imanshah selamat sampai ke destinasi.

Bila naik bas ni Imanshah teringat zaman berulang-alik dari kampung ke Minden (USM). Selalunya Imanshah menggunakan perkhidmatan syarikat Naela ataupun Mutiara. Tapi sekarang Naela dah ditutup kerana sering terlibat dengan kemalangan maut. Kalau yang sebaya dengan Imanshah tentu masih ingat tentang syarikat bas Naela yang rasanya memang menduduki carta tertinggi kemalangan maut melibatkan bas ekspress.

Tapi yang menariknya bas dulu ada tandas di belakang. Perasan tak?? Kalau nak cari semula sekarang memang tak ada la. Selalunya juga jika ingin memulakan perjalanan jauh, perkara pertama yang dibuat sewaktu membeli tiket ialah meminta supaya diberikan tempat duduk hadapan atau tengah. Tujuannya?? Tak mahu duduk belakang sebab ada tandas. Yalah, baunya semerbak bro. Kalau masa tu pulak ada penumpang yang sedang menguruskan hajatnya, alamak wanginya sampai ke depan lah. hehe. Rugilah siapa yang tak ada pengalaman naik bas bertandas ni. 

Mungkin waktu tersebut tidak banyak lebuh raya yang ada di Malaysia ni. Zaman sekarang bila dah banyak lebuh raya, banyaklah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan. Senang lah untuk para penumpang menggunakan tandas dan sebagainya. Begitu juga banyak juga restoren yang menjadi tempat persinggahan bas ekspress sekarang. Memudahkan para penumpang untuk berehat serta melepaskan hajat masing-masing. Mungkin sebab itulah tandas tidak disediakan lagi di dalam bas ekspress.



Ekspress mutiara. Tengok betapa cantiknya bas sekarang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

tunz said...

dulu masa belajar dimaktab..selalu nak bas ekspress dari melaka ke kuala terengganu....

Suhami Ahmad said...

atok tak ponah naik bas 2 tingkat ni...insyaAllah bulan duo ni nak naik lah

Lelaki Ini said...

tue lew..
skrg mana ada dah bas yg ada tandas...

Papa PUSS said...

Salam

xpernah naik lagi bus 2 tingkat.
xberani juga..

mekjangok said...

dulu mase bujang2 sempat ler naik bas yg ade tandas..tapi x pernah buang air kat dlm bas...takut bila bas belok dgn kita2 kat dlm tu belok..hahahaha

azwa amani said...

amani dari zaman skolah sampailah habis belajar u ni, asyk ulang alik ke naik bas... sumer bas pernah naik, trmasuk bas yg ada tandas.. huhuhu :) tapi xpernah tahu mcm mana rupe tandas dlm tu...huhuhu :)

cheqna said...

hehehehehe
dang la jugok ngan bas bertandas ni
lening payah doh nak cari

kakcik said...

Zaman kakcik muda2 dulu, selalu juga naik bas yang ada tandas tu (tapi kakcik tak pernah menggunakannya). :)

Acik Erna said...

acik masih lagi tak berani nak naik bas 2 tingkat.

gadisBunga said...

awak, mext time tak payah la naik bas 2 tingkat. naik setingkat punye sudah.

yg 2 tingkat ni kurang selamat...

abah khalisha said...

Dulu sebab kurangnya RnR sbb tu kena ada tandas dalam bas..skrg dah bersepah RnR..tul tak? tp abah pernah naik bas ada tandas..baunya mmg pakai perfume sebotol pun mmg tk berbau nya pasal bau tandas lg kuat.hehehe

makdara TERdiva said...

Bas Ekspress Aeroline dari KL-singapore ada tandas.. 2 tingkat lagi u :D

tp tang tandas tu x penah cubalah..sanggup tggu bas berenti kat R&R..hehe

klcitizen cikgunormah said...

sekarang memang payah nak cari bas ekspres bertandas... pengalaman nak terbuang air kecil dalam bas ekspres yg saya naik baru ni membuat sedikit trauma :) http://klcitizen.blogspot.com/2011/12/mencari-perempuan-di-hat-yai.html

Dinas Aldi said...

Dik Iman, jangan lupa bagi alamat.

zilndnas@gmail.com

NzA said...

makin cantik dan canggih bas mkn lajulah ia dibawa..maklumlah dh xde lagi gegaran n hentakan......

Ahmad Haziq Azlan said...

tandas dalam bas? tak pernah jumpa pon

Salwa said...

I xpernah lagi naik bas 2 tingkat.teringin gak nak nek.

haney said...

rindu nak naik bas ekspress. hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget