WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 12, 2011

BUDI


Biarlah orang bertanam buluh, 
mari kita bertanam padi, 
Biarlah orang bertanam musuh, 
marilah kita menanam budi.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

tunz said...

apa diharap padi seberang
entahkan jadi entahkan tidak
apa diharap kasihnya orang
entahkan kasih entahkan tidak..

p/s pantun ni jer yg terlintas saat komen kat sini...huhu..betul tak?

missgee said...

Hidup untuk memberi..

Berbudi nescaya keberkatan hidup akan diperolehi :)

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

daun buluh menari nari
perudunya terletak ditepi sawah
musuh jangan dicari
follower pengasas ukhwah

Wassalam

Ahmad Haziq Azlan said...

tak jumpa lagi dengan orang bernama budi

arsal74 said...

Puas sudah bertanam padi,
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah bertanam budi,
Emas juga dipandang orang.

hani@debumelukut said...

Budi yg baik di kenang jua? tak juga, kata org bila dah benci bertakhta di hati, budi yg baik pun tidak berguna lagi...Jadi, berpada2 berbudi tu..

Kella said...

oh... sangat suka... =)

terima kasih atas ketenangan ini...

gadisBunga said...

harap2 saya tak banyak musuh yang nak ditanam~

NaeBlog said...

Moga dipermudahkan segala...

Limau manis dimakan manis,
manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
manis sekali hati budinya.

@xiiinam said...

Assalamualaikum cikgu yang BUDIman...

:D

Afida Anuar said...

mari...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget