WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 16, 2011

CUEPECS BANTAH BEBERAPA SKIM SPBA

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.
Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.
Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.

“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.
SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.
“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.
sumber : BERITA HARIAN


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

@xiiinam said...

Kebanyakan sekolah harian memang meminta guru datang ke sekolah 19 atau 20 Disember untuk taklimat dan tandatangan. SBP dan Sekolah Teknik belum lagi. Sekolah ckLah, taklimat 8 Disember lalu. Dibei tempoh masa berfikir sampai 19 Disember ini kena datang sekolah buat keputusan...

adrenalina said...

sekolah saya pula (di sarawak) menelefon guru2 yg berada di semenanjung utk mengetahui keputusan...t/tgn nanti bila mesyuarat akhir tahun... sebenarnya mana yg lebih baik?

Dinas Aldi said...

Tunggu sajalah kan.

MAT SOM said...

Saya masih keliru,

Paling keliru kenapa bab bersara disebut Opsyen Umur Persaraan Paksa. Langsung tidak menarik dan nampak negatif.

thegreateye said...

contoh kenaikan gaji sbpa
:Bagi DG 41 T10, untuk gaji pada 2012 adalah seperti berikut:
RM 2509.90 akan ke RM 2600.35 dan berpindah ke mata gaji T4 SBPA RM 2600.00 dan akan dianjakkan ke T5 RM 2825.00 ........................Gaji telah dikurangkan sebanyak RM 0.35 ( kena tolak gaji pulak )
kenaikan adalah RM 224.65.


Bagi DG 41 T11, untuk gaji pada 2012 adalah seperti berikut:
RM 2600.35 akan ke RM 2690.80 dan berpindah ke mata gaji T4 SBPA RM 2600.00 dan akan dianjakkan ke T5 RM 2825.00 ........................Gaji telah dikurangkan sebanyak RM 90.80 ( kena tolak gaji jugak )
kenaikan adalah RM 134.00.
jika kenaikkan adalah RM 225.00 maka gaji sepatutnya adalah RM 2915.80


Bagi DG 41 T12, untuk gaji pada 2012 adalah seperti berikut:
RM 2690.80 akan ke RM 2781.25 dan berpindah ke mata gaji T5 SBPA RM 2825.00 dan akan dianjakkan ke T6 RM 3050.00 ........................
kenaikan adalah RM 268.75 melebihi RM 225.00

ada betulkan perkiraan ini

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget