WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 21, 2011

DURIAN DI PERAK, BUKAN RUNTUH LAGI, DAH ROBOH HARGANYA

Teman baru je habis makan sebiji buah durian kawan-kawan semua. Malam tadi udoh makan sebiji. Udoh rasa sebu perut penuh dengan  durian. Bukan apa murah bebenor. Harga durian di Perak ni bukan dah runtuh, tapi dah roboh terus. Maklum le, dah terlampau banyok. Ada durian Kuale, ade durian Batu Kurau, ada durian Gopeng, ada durian Kampung Gajoh, semua tempat ada durian. Sampai dah tak lalu teman nengoknya.


Malam tadi teman pergi pasar malam, kalau orang Parit panggil "Nite Market". Mak aii, satu longgok durian ada lapan hingga sepuluh bijik, berharga RM 10 sahaja, Mana nak cari yeop, harga ghope itu?? Memang murah. Kalau kome semua nak makan durian, moh le kita ke Perak. boleh rasa durian kampung yang sedap-sedap semuanya. 

Dek banyak bebenor durian, sampai dah tak laku dah. Kalau pergi kenduri kawen, eh tetiba ada sambal tempoyak. Layan jelah. Lepaih tu, sekarang orang Perak kentutpun bau durian. Betoi, teman tak tipu. Tak caya, ce dengor..hehe. Jangan marah !! Jumpa lagi



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

cucu umie said...

gaga..durian mmg dh murah pon dekt perak nie.. tpy ayie xboleh masuk plak durian tu.. haha btw, kenallh juga adam adli tu.. satu kolej.. bdk tesl

Kakzakie said...

Alahai kalau kakak dapat bestnya. Kat JB kuranglah sekarang. Harga pun mahal kalau ada pun....

IMANSHAH said...

@Kakzakie

Jom kak datang le ke Perak

IMANSHAH said...

@cucu umie

owh sesaje je, makin femes dia la ni

efa said...

waa ater teman nak balik parit la mcmni wuwu nk doyan.........

IMANSHAH said...

mike org parit ke??

nyanyisunyi said...

aduhhhh iman ni saje je buat akak geram grrrr..
ni kalau dekat memang akak pegi borong...ish....sedap bebenau derian ni..

Afida Anuar said...

Wahhh besttnyer...awak tak nak post kat sini sebiji ke?;)

Ahmad Haziq Azlan said...

agak agak pertengahan januari nanti ada lagi tak durian? waktu tu baru balik perak. ngidam sangat sekarang ni....

nFx said...

sedaknyo mkn durian...lamo xmeranggoh...

SNHZ said...

kt tg malim ni pun bnyak haih..
tepi2 jalan tuh penuh org jual durian..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget