WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 25, 2011

HARTA


Kalau terkena si getah nangka
Basuhlah tangan di dalam baldi
Kerana harta bermasam muka
Pesan nenda tak siapa peduli

Burung berkicau di tengah laman
Terbang bebas ke sawah padi
Harta dunia hanya pinjaman
Ilmu dan amal itu abadi

Cantik wajahnya Puteri Maya
Duduk bersimpuh tepian Bidara
Usah berebut harta dunia
Kelak putus kasih saudara


Terbang sekawan burung tempua
Hinggap di tepi pohon keladi
Fana dunia kaburkan jiwa
Musnah pekerti hilanglah budi



Kalau pergi ke Tanah Rata
Belikan hamba bunga melati
Harta dunia hiasan semata
Bukan untuk dibawa mati

Tinggi sungguh pohon bidara
Berbuah lebat baiknya benih
Tautkan semula tali saudara
Buangkan keruh ambil yang jernih


Saya izinkan untuk dikongsi bagi pencinta sastera melayu..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

azwa amani said...

amani tak reti nak balas pantun laa... :)

IMANSHAH said...

@azwa amani

kena kursus ni..hehe

MAT SOM said...

Naik kereta dengan Cik Nyonya
Hajat hati nak ke Filipina
Mengejar harta tiada sudahnya
Dunia ini hanya fatamorgana

Afida Anuar said...

kita ni asyik duk kejar harta dunia je kan? sampai lupa harta akhirat...

ohh takde idea nak buat pantun harini.. hehe

Yatie Awang said...

best pantun ni, akka belum ada idea nak balas ...hihih kering betul otak sejak kebelakangan ni..

Tiga hari dalam hidup

IMANSHAH said...

@Yatie Awang

saya pun kering gak, pikir cuti sekolah dah nak habis

Citarasa Rinduan said...

wow berbakat cikgu iman,.

Zul Fattah said...

alahai berpantun plak? dah lama tinggal la.. hehe.. tp bab2 harta dunia ni kawe x kisah sangat.. sebab buke boleh bawak dale kubur pun?

wlaupun skrang ni.. makan skali sari.. nak ikat perut.. bajet akhir sem ni kering r sikit.. huuhhu

Kalamhati said...

Harum sungguh si bunga idaman
Jadi hiasan dulang hantaran
Jangan harta jadi sandaran
Kelak merana jiwa dan badan

ok ke?hehe

IMANSHAH said...

@Kalamhati
ok1 kemah demo

IMANSHAH said...

@Kalamhati
ok1 kemah demo

tunz said...

harta dunia....x ke mana..

HR by HaziqRidzuan said...

hehehehe saya bangga saah satu rangkap pantun di atas hasil nukilan saya berbalas pantun dengan cikgu...huhuhu^_^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget